Melengkapi Kehidupan

TERAPI MUDAH JODOH

Jodoh seseorang adalah hak Allah SWT. Namun kita tidak semesti berpeluk tubuh menunggu jodoh. Manusia mempunyai kehendak dan untuk mendapatkan sesuatukehendak  manusia hendaklah berusaha, manakala pencapaian kepada usaha tentunya bersebab. Kita dipertemukan jodoh mungkin sebabnya adalah adalah orang yang meminati kita untuk dijadikan pasangan hidup.Begitulah juga sebaliknya.

Mengapa sesetengah orang itu berat jodohnya?. Mengapa seseorang itu lambat jodohnya?.Dalam mengupas isu ini kita tidak dapat lari daripada melihat kepada masalah dalaman yang menyelubungi diri kita. Ini adalah kerana masalah dalaman lah yang  selalunya yang menghalang seseorang daripada memperolehi  jodoh. Antara perkara yang perlu dilihat secara serius disini ialah mengenai :

1.Penampilan diri – Kadang kadang penampilan diri kita tidak senangi oleh orang lain.Justeru orang lain merasa tidak selesa dengan kita, akhirnya kita ditinggalkan.

2.Tidak ada aura pemikat dalam diri. Sering kita jumpai ada orang yang mempunyai aura pemikat atau tarikan yang tinggi sehingga begitu ramai sekali orang yang ingin berdampingan dengan nya. Peliknya situasi itu tidak berlaku pada diri kita.

3. Kadang kadang manusia mempunyai aura penolakan yang tinggi. Ini bermaksud kita sendiri atau orang lain mudah menolak perkenalan atau persahabatan.

Selain dari itu ada lagi beberapa sifat negatif yang ada pada diri kita yang menjurus kepada kegagalan mendapatkan jodoh antaranya:

a)      Cepat marah

b)      Kasar dan suka bertelagah

c)       Susah atau tidak ingin memahami pasangan

d)      Lebih mementingkan diri sendiri dan banyak lagi.

Sebahagian situasi diatas adalah merupakan sifat semulajadi dan sebahagian lagi adalah berupa bisikan atau gangguan syaitan. Syaitan juga bertugas menyekat jodoh seseorang. Golongan ini amat benci kepada penyatuan, perkahwinan dan kelahiran (yang halal). Disini lah peranan kami untuk memastikan seseorang tidak terhalang jodohnya akibat daripada permainan syaitan ini samada ianya dilakukan atas arahan manusia (sihir) maupun secara kebetulan (tempias).

Didalam rawatan jodoh segala sifat atau aura yang dibicarakan diatas perlulah dikenal pasti justeru tindakan nya adalah segala sifat atau aura negatif  hendaklah dibersihkan, manakala segala aura positif memerlukan pengisian. Disinilah bermulanya peranan kami sebagai pengamal perubatan islam.

Kemuncak kepada segalanya adalah doa dan tawakkal kepada Allah SWT agar kita di pertemukan jodoh dengan orang yang baik baik dan bertanggungjawab.  Dia lah yang menentukan segalanya.

TERAPI SUBURKAN KANDUNGAN

Syaitan juga bencikan kelahiran.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“Tidak ada manusia yang dilahirkan melainkan dicucuk oleh syaitan. Tetapi bayi itu akan lebih mudah menjerit (menangis) disebabkan cucukanya itu. Semuanya didatangi syaitan kecuali Maryam dan anaknya”

Dari Sabda Rasulullah SAW diatas jelas lah kepada kita bahawa dalam rawatan untuk mudah hamil ini, kita  hendaklah juga  mengambil kira kewujudan syaitan/jin dalam menggaggalkan proses kehamilan.
Terapi suburkan kandungan atau juga dikenali “Rawatan Untuk Mudah Mengandung” ini juga merupakan usaha ikhtiar kami memohon kepada Allah SWT agar dianugerahkan cahayamata.Kaedah urutan juga dilakukan jika perlu.

Namun sebelum sebarang rawatan dilakukan keadaan seseorang itu perlu diteliti terlebih dahulu serta mengenalpasti permasalahan yang dihadapi samada dari sudut medikal/saintifik maupun dari sudut batiniah. Dengan cara ini sahaja penyelesaian dapat dilakukan secara total. InsyaAllah dengan izinnya permintaan kita dimakbulkan.

SILA KE BAHAGIAN RAWATAN SEMASA MENGANDUNG

 TERAPI KEMANTAPAN VAGINA DAN URUT BATIN

Terapi ini adalah gabungan kepakaran tradisonal turun temurun yang diwarisi oleh pengamal. Ianya bermula dengan urutan seluruh badan, disusuli dengan urutan khusus dikesemua laluan yang berkaitan dengan organ intim. Wanita yang sudah berkahwin khususnya terdedah kepada risiko ” lari allignment atau jatuh peranakan”, terutamanya kepada mereka yang terlalu banyak pergerakan,kerja kuat serta tidak menjaga diri sewaktu lepas bersalin sehingga bahagian dalaman terasa sakit terutamanya ketika “bersama”. Urutan batin wanita memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi. Seseorang pengamal yang mahir wajib mengetahui kesemua laluan yang terdapat didalam sistem tubuh manusia dan pakar dalam “Teori Meridian”

Rawatan seterusnya ialah mandian pembersihan energi negatif yang berkemungkinan mengganggu pasangan ketika melakukan hubungan intim.Selain dari itu masalah-masalah yang berkaitan dengan organ intim saperti LONGGAR,KEPUTIHAN,GATAL-GATAL, BECAK, BERBAU dan lain-lain akan dikenal pasti dan diatasi.Jangan diabaikan masalah ini, ia bakal mendatangkan pelbagai masalah….masalah kemurungan, tiada keyakinan diri, takut serta hilang ketenangan. Ianya juga bakal menjadi punca utama kearah KECURANGAN PASANGAN DAN PENGLIBATAN ORANG KETIGA. Sesungguhnya kami amat takut dan sedih dengan femomena ini….begitu berleluasa sekali.

Dengan penggabungan dua kaedah utama yakni kaedah perubatan islam dan urutan yang berasaskan teori hebat diperingkat antarabangsa yang diiktiraf badan kesihatan sedunia (WHO) kami amat yakin sekali dengan izin Allah kebanyakan permasalahan yang membelenggu wanita hari ini bakal terjawab.

Secara keseluruhanya tumpuan atau fokus didalam rawatan vagina/ kemaluan ini adalah kepada permasalah berikut:-

  1. Masalah kemaluan wanita berbau busuk, berair .
  2. Masalah kemaluan longgar
  3. Masalah kemaluan gatal
  4. Masalah keputihan
  5. Masalah isteri tiada minat serta tiada nafsu dalam hubungan seks
  6. Masalah sakit ketika ‘bersama’ suami
  7. Masalah peranakan/rahim jatuh
  8. Tiada Nikmat Dalam Hubungan Seksual
  9. Masalah malas nak layan suami dll

Rawatan diakhiri dengan doa serta pengisian potensi energi Ilahiah menggunakan olahan batin peringkat tinggi agar kehebatan asal organ intim dikembalikan bahkan diperkuatkan lagi. Ini adalah urusan doa kepada Allah SWT dan anda tidak akan memperolehinya melalui pemakanan jamu, vitamin maupun sapuan-sapuan yang berlambak dipasaran. Kesannya begitu ketara sekali,organ intim akan terasa berdenyut-denyut untuk digauli, tenaga kemutan lebih berdaya sekali gus mengembalikan nostalgia kenikmatan yang pernah dirasai diawal perkahwinan.

SILA KE BAHAGIAN MASALAH VAGINA

TERAPI PEMULIHAN TENAGA BATIN UTK LELAKI

Masalah lemah tenaga batin bukan hanya berpunca daripada urat saraf yang memerlukan urutan. Terdapat banyak kes dimana seseorang lelaki itu gagah dan bersemangat diluar tapi layu dirumah. Adakalanya seseorang lelaki itu teransang hanya dengan melihat wanita seksi,berdahi licin, gebu dan cantik molek namun dirumah terkulai layu…mengapa ini terjadi?Ini adalah permainan dan hasutan syaitan yang tidak sukakan manusia hidup bahagia dan diredhai Allah. Tidak kurang juga ramai manusia yang gemarkan situasi ini terjadi pada orang lain lantas dikerjakanya dengan bantuan ahli sihir.

Adabeberapa tanda yang menunjukan seseorang lelaki itu terkena gangguan sebegini:-

- Rasa berdebar-debar ketika hendak memulakan hubungan seks

- Hilang fokus pada pasangan (isteri)

- Fikiran terganggu dengan masalah kehidupan saperti kerjaya, hutang piutang dan lain-lain        (ketika ingin berjimak ) secara tiba-tiba

- Rasa saperti ada gigitan pada kepala zakar

- Badan terasa lesu,letih dan mengantuk,tidak melahirkan keinginan utk melakukan hubungan seks

- Pancutan mani yang tak bermaya dan terlalu sedikit

Bila keadaan-keadaan diatas terusan berlaku ianya menyumbang kepada hilangnya keyakinan diri,justeru mencetus suasana yang suram, kusut dan tidak harmonis .

Rawatlah diri anda bila berhadapan dengan situasi sebegini. Jangan dibiarkan terlalu lama. Kami juga mempunyai beberapa kaedah mengatasinya. InsyaAllah.

TERAPI PEMULIHAN KASIH SAYANG

Akibat campurtangan dan dengki khianat pihak ketiga, melalui sihir tertentu, hubungan suami isteri, rakan taulan, saudara mara, adik beradik menjadi renggang dan huruhara. Kita hendaklah berusaha mengatasinya.

Kami tidak dapat gariskan disini kaedah terapi ini kerana punca keretakan kasihsayang adalah berbeza-beza dan perlu dikenalpasti terlebih dahulu.

Anda dialu-alukan untuk menemui kami dan berikhtiar mengatasinya. InsyaAllah dengan izinNya kita dianugerahkan kehidupan yang aman dan tenteram.

TERAPI PENYUBURAN MINAT

Minat, fokus serta keinginan kita akan terhakis dek mainan jin, syaitan dan iblis. Makhluk ini akan sentiasa mengheret kita kejalan negatif. Selalunya perkara ini berlaku tanpa kita sedari yang lama kelamaan akan menghancurkan keseluruhan kehidupan manusia, lebih ketara lagi kita bangga dengan apa yang berlaku keatas diri kita. Apa tidaknya perbuatan kita yang dipengaruhi syaitan itu adalah sesuatu yang menyeronokan. Namun keseronokan itu pasti akan berakhir dengan kehancuran pada diri kita sendiri serta juga institusi keluarga kita. Untuk itu kami gariskan disini beberapa bentuk ‘minat’ yang perlu dipupuk dan disuburkan:-

-Untuk anak-anak yang malas belajar. Lihatlah malas itu sebagai satu “penyakit” bukanya perangai.

-Untuk pekerjaan yang halal.

-Untuk pergaulan yang berfaedah

SILA KE BAHAGIAN URUTAN MINDA

 


  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com