Menangani Masalah Pasangan Curang/ Masalah Rumah Tangga

FENOMENA PASANGAN CURANG

Pasangan curang adalah satu fenomena yang berleluasa dinegara kita. Ianya ibarat tsunami yang melanda Acheh..begitu hebat dan dahsyat sekali. Ianya memberikan tamparan hebat kepada kerukunan dan keharmonian sesebuah keluarga. Angkara sifat salah seorang pasangan yang tidak jujur terhadap yang lain menghasilkan banyak situasi negatif yang menjurus kepada kehancuran rumahtangga yang terbina asalnya atas dasar cinta mencintai antara satu sama lain. Ianya menimbulkan keaiban yang amat memalukan terhadap mangsanya.

Sesungguhnya kami amat tersentuh dengan ungkapan yang diluahkan saperti:

DARI ISTERI:

-Suami selalu tak balik

-Suami selalu bersikap kasar

-Suami malas kerja

-Suami tak bertanggungjawab

-Suami ada kekasih

-Suamiku Curang

-Suamiku Makan Luar

-Suami kuat menipu

DARI SUAMI:

-Isteri tak layan suami

-Isteri malas layan suami

-Isteri ada hubungan luar

-Isteri main kayu tiga

-Isteri tak peduli makan minum suami

-Isteri suka melawan cakap

-Isteriku curang

Sebagai insan yang menyayangi diri sendiri dan keluarga, kita wajib mempunyai kekuatan dalam menangkis dan menangani permasalahan ini. Kami amat yakin bahawa kebanyakan daripada punca permasalahan ini adalah :-

- Faktor campurtangan orang ketiga

- Hasutan dan fitnah syaitan

Faktor Campurtangan Orang Ketiga

Masalah ini terlalu berleluasa didalam masyarakat kita hari ini. Kami tidak bercadang untuk menghurai panjang permasalahan ini. Ianya cukup sekadar kami simpulkan bahawa kita kehilangan perasaan perihatin dan belas kasihan kepada sesama insan dan mengetepikan hukum -hukum Allah. Masalah ini perlu ditangani segera. Jangan berlengah sehingga keadaan menjadi sukar untuk dirawat. Pasangan yang terkena campurtangan orang ketiga boleh meninggalkan tanggungjawab tanpa kawalan, akan berpura-pura, akhirnya meninggalkan keluarga tanpa sebab serta belas kasihan. Lebih -labih lagi kalau orang ketiga sanggup mengguna khidmat tukang-tukang sihir dalam mencapai cita-cita.

Hasutan Dan Fitnah Syaitan

Iblis dan syaitan memainkan peranan yang cukup besar dalam permasalahan ini. Diawal perbicaraan telah kami gariskan 4 tugas besar syaitan:-

- Berusaha agar manusia kufur dan syirik kepda Allah

- Berusaha agar manusia melakukan amalan-amalan bidaah

- Berusaha agar manusia melakukan maksiat,berjudi,menipu, berzina dan bermusuhan sesama sendiri

- Berusaha menghalang manusia daripada mengerjakan ibadat.

Justeru jelaslah bahawa syaitan itu akan memainkan peranan menyelinap masuk kedalam kotak fikiran manusia menghasut diri kita sendiri dan pasangan  serta juga orang ketiga.

Kalau kita dapat memahami ini semua maka kita akan nampak betapa mudahnya manusia ini terjerumus kelembah kecurangan. Keadaan akan menjadi lebih rumit apabila manusia pula bekerjasama dengan syaitan dan iblis bagi mencapai sesuatu hajat yang menjurus kepada kehadiran berbagai jenis sihir. Ya Allah lindungilah kami daripada syaitan yang direjam.

Bagaimana Mengatasi Masalah ini ?

Pihak kami tidak dapat menggariskan disini tentang bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kes sebegini hanya boleh diatasi setelah pihak kami mengenalpasti punca dan situasi sesuatu permasalahan. Pendekatan dan kaedah mengatasinya sudah pasti berbeza-beza dan yang pasti pendekatannya ialah mencari kebaikan. Elak lah diri kita dari menggunakan pendekatan yang menguntungkan sebelah pihak dan memusnahkan pihak yang lain. Berniat hanya untuk kerukunan rumahtangga yang dicintai.

Anda disarankan menemui kami untuk mengatasinya. Jangan mengadu dan bercerita dengan sebarangan orang.Soal keaiban diri harus ditangini dengan cermat. Harus diingat bahawa mencegah lebih baik daripada merawat, jangan dilengahkan sehingga nasi menjadi bubur, tsunami ini amat berbahaya dan boleh menghancurkan keharmonian rumahtangga kita yang disayangi. Banyak mangsa yang mengambil mudah perkara ini diperingkat awal . Kelambatan bertindak akan merumitkan keadaan, proses pemulihan akan menjadi “complicated”.

 


 

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    NO. 7-1A, Jlan Taman Dato Senu
    51000 Sentul, Kuala Lumpur
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)

    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com
    kartika_info@yahoo.com