MENGENAI KAMI

KARTIKA BUANA ditubuhkan pada tahun 2006. Pengasasnya, Dr Normah Idrus CmD (Asia Pacific Open University) adalah seorang yang berpengalaman luas dan gigih didalam mempelajari dan mendalami ilmu serta kemahiran. Kerjaya awal ibu berusia 52th ini bermula pada awal 1980an sebagai perunding kecantikan dan andaman. Beliau juga berkemahiran dalam bidang rawatan kecantikan tradisional yang dipelajari daripada pengasas jamu dan kosmetik Indonesia yang popular dalam pasaran diIndonesia dan Malaysia. Manakala bidang urutan dan rawatan selepas bersalin diwarisi daripada neneknya yang juga merupakan bidan tersohor diTerengganu pada tahun 60an dan 70an.

Bermula dari aktiviti kecantikan dan urutan inilah Dr Normah diperturunkan sedikit demi sedikit ilmu perubatan tradisional oleh neneknya. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam dan didikan dari neneknya, beliau menjadikan ayat-ayat ruqyah sebagai amalan harian sejak usia beliau 22 tahun lagi.

Dr Normah adalah seorang wanita yang amat menghormati orang tua-tua, guru-guru pondok dan ustaz-ustaz. Beliau suka mendekati golongan ini dan tidak ketinggalan mempelajari pelbagai ayat-ayat Al-Quran daripada mereka dan seterusnya beramal dengan penuh istiqomah. Beliau sanggup menjelajah keseluruh pelusuk tanahair, malah ke Selatan Thailand, mengunjungi pondok-pondok agama semata-mata memenuhi keinginanya untuk mendalami ilmu-ilmu hikmah khususnya dalam bidang perubatan Islam. Pada masa yang sama ilmu yang diperolehi diamalkan dan digunapakai ketika merawat kecantikan dan juga rawatan selepas bersalin seperti mengurut, bertungku dan mandian.

TEKNOLOGI AL-QURAN DLM PERUBATAN, KECANTIKAN DAN KETERAMPILAN

ROHANI KUNCI KESIHATAN, KECANTIKAN DAN KETERAMPILAN

Rohani adalah kunci segalanya dalam diri seseorang manusia (mukmin). Rohani adalah kunci pada kesihatan, rohani adalah kunci kepada kecantikan dan rohani jugalah kunci kepada keterampilan. Rohani juga selalu dirujuk kepada hati, jiwa, kalbu, mental, fikiran yang mana dalam kehidupan harian diterjemahkan kepada keinginan, ingatan, kemahuan, serta berbagai perasaan saperti rindu, kasih, sedih, gembira dan berbagai lagi.

Apabila rohani/hati seseorang itu sakit ianya bakal mengganggu rutin kehidupan seseorang manusia, bakal mengganggu tidur, rehat, makan minum, pemakaian dan juga tatarias diri.Maka kesimpulanya penyakit rohani inilah punca sebenar kepada kerosakan jasmani yang meliputi penyakit fizikal, aspek kecantikan maupun keterampilan seseorang.

Sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah.Oleh sebab itu aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam HATIMU” HR Bukhari dan Muslim

Oleh hal yang demikian dalam sebarang rawatan apapun kita tidak boleh meninggalkan aspek kerohanian ini begitu sahaja, malah kena lebih fokus kepadanya, ianya tidak ubah saperti sukan memanah, pemanah yang baik adalah pemanah yang dapat mengenai sasaran yang tepat ditengah-tengah objek.

Bagaimana merawat rohani/ hati

Menurut kitab Tibnabawi, Rasulullah S.A.W pernah merawat dirinya sendiri dan menganjurkan para sahabatnya supaya merawat diri mereka sendiri melalui kaedah amalan pemakanan yang baik dan keberserahan yang tinggi kepada Allah, tunduk dan pasrah kepadaNya.

Sebagai perawat kami menerapkan nilai-nilai ini didalam kaedah perubatan, yakni kaedah dua hala dimana pesakit diminta supaya sama-sama menyerah diri dan bulat-bulat berlindung kepada Allah dengan memperbanyakan istihgfar, selawat dan bacaan kalimah Toyyibah.

Firman Allah SWT :

 

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ {1}

مَلِكِ النَّاسِ {2}

إِلَٰهِ النَّاسِ {3}

مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ {4}

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ {5}

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ {6}

“Katakanlah (wahai Muhammad) ” Aku berlindung kepada (Allah) pemelihara sekelian manusia.Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia, dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutan kedalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia” Surah Al-Nas 1-6

InsyaAllah dengan izinNya kita dikurniakan kembali kesihatan yang baik demi matlamat yang satu..terus bertawakkal kepadaNya pencipta sekelian Alam.

Mengesan Penyakit

Ketepatan mengesan sesuatu penyakit adalah faktor yang amat penting dalam perubatan. Kesilapan dalam mengesan/diagnos sesuatu penyakit bakal menyumbang kepada pelbagai kesan negatif dan juga fitnah.

Justeru sebagai pengamal perubatan seseorang itu harus mempunyai pelbagai kaedah dalam mengesan penyakit dan tidaklah boleh hanya bergantung pada satu kaedah yang sama semata-mata. Pesakit juga harus berhati-hati dan bijak apabila berjumpa seseorang pengamal perubatan dan jangan sesekali terus mempercayai apa yang dikatakan pengamal perubatan apatah lagi taksub dengan apa yang diperkatakan.

Terdapat banyak kes dimana simpton-simpton penyakit (medikal) menyamai dengan penyakit-penyakit yang dihidapi pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus, justeru pengamal perubatan lantas membuat kesimpulan bahawa seseorang itu telah terkena gangguan makhluk halus samada santau, sihir maupun saka sedangkan sebenarnya tidak. Kebetulan pula pesakit berkenaan adalah seorang yang amat taksub dengan perkara begini.

Antara penyakit-penyakit yang menyamai penyakit akibat gangguan makhluk halus adalah:-

- Kanak-kanak menangis berterusan dengan keadaan mata yang terbeliak keatas

- Tak tidur malam

- Pendarahan vagina yang berterusan( istihadhah ) dan lain-lain.

- Fikiran terganggu dan berdebar-debar

Situasi/simpton diatas juga boleh berlaku akibat kekurangan bekalan tenaga (air,darah,oksijen) kepada organ-organ tertentu didalam tubuh dan memerlukan penyelesaian yang berbeza-berbeza.

Pengalaman, pengetahuan dan kepelbagaian dalam menangani/mengesan sesuatu penyakit  adalah memainkan peranan yang amat penting dan harus dimiliki oleh seseorang pengamal perubatan.

Kami diKARTIKA BUANA amat mengutamakan perihal pengesanan penyakit ini dan menggunakan beberapa kaedah dalam menanganinya antaranya:-

i.   Kaedah komplementari- “pain marking analysis”

ii.  Kaedah Irodology

iii. Kaedah batiniah

Semuga dengan kepelbagaian ini kami dapat membantu pesakit dengan lebih berkesan dan teratur..InsyaAllah.

Hanya Wanita Memahami Naluri Wanita

Alhamdulillah syukur hehadhrat Allah SWT, kaum muslimah kini boleh memilih untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan daripada perawat wanita saperti Dr Normah semuga sebarang kemusykilan dapat diluahkan dengan lebih terbuka. Sebagai seorang perawat wanita Dr Normah dapat memahami citarasa serta naluri sesama wanita menjadikan penyelesaian lebih terserlah dan tepat. InsyaAllah.

Doa Sebagai Pelengkap Segala Usaha.

Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaku, nescaya aku akan perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahku akan masuk kedalam neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (Al-Gafir:60)

Kaedah Ruqyah Al-Syar’iyyah ini tidak hanya terbatas kepada rawatan penyakit-penyakit medik dan non-medik sahaja malah kami lebarkan ia merangkumi rawatan kecantikan dan keterampilan, yang mana dalam bidang kecantikan pelanggan dirawat dengan menggunakan produk dan teknologi terkini berpaksikan metode rohaniah dan dipanjatkan doa sebagai pelengkap. Begitu juga dengan rawatan keterampilan.

Semuga kita khususnya umat islam memperoleh manfaat daripada inisiatif Dr Normah ini dan diredhaiNya.

Sama-samalah kita menerokai kehebatan teknologi Al-Quran ini, satu-satunya pedoman kehidupan yang sempurna dan lengkap yang memandu kita kejalan yang diredhai didunia dan akhirat.

InsyaAllah

 


 

2 Responses so far.

  1. Jubah Dress says:

    Saya nak ajak semua pembaca blog nie pikir kembali mengenai isu nie…

    memang dah makin tenggelam ngan isu2 lain .. tapi penulis
    mengingatkan kita balik ngan isu nie… rasa adabaiknya kita pikir kembali isu nie…

  2. I think the admin of this website is really working hard for his
    web site, because here every data is quality
    based information.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com