MERAWAT VAGINA DAN URUT BATIN

Terapi ini adalah gabungan kepakaran tradisonal turun temurun yang diwarisi oleh pengamal. Ianya bermula dengan urutan seluruh badan, disusuli dengan urutan khusus dikesemua laluan yang berkaitan dengan organ intim. Wanita yang sudah berkahwin khususnya terdedah kepada risiko ” lari allignment atau jatuh peranakan”, terutamanya kepada mereka yang terlalu banyak pergerakan,kerja kuat serta tidak menjaga diri sewaktu lepas bersalin sehingga bahagian dalaman terasa sakit terutamanya ketika “bersama”. Merawat vagina dan urutan batin wanita bukan suatu kerja mudah, ianya memerlukan kepakaran dan pengetahuan tinggi, disamping berpengetahuan dan mahir dalam ” Teori Body Meridian”.  Teori ini jugalah digunakan oleh pengeluar produk dengan ungkapan ” Organ tubuh manusia merawat diri sendiri”. Namun bagaimana teori ini merawat diri sendiri tidak diterangkan secara detail. Teori ini sebenarnya diperaktik oleh pengamal perubatan tanah besar negeri China sejak lebih 4000 tahun dahulu. Dan pengetahuan mengenainya hanya boleh diperolehi melalui sessi pengajian yang memakan masa yang lama. Kita tidak didedahkan teori ini dalam institusi pengajian tinggi sebelumnya. Teori ini amat hebat sekali. Namun sekarang sudah ada pusat pengajian tinggi swasta yang menawarkan bidang ini. Justeru kita amat bertuah kerana sekarang ini kita sudah mempunyai lebih dari satu modality dalam perubatan.

Rawatan seterusnya ialah mandian pembersihan energi negatif yang berkemungkinan mengganggu pasangan ketika melakukan hubungan seks.Mengganggu kenikmatan hubungan seks halal antara suami isteri adalah salah satu tugas besar jin atau syaitan, apatah lagi terkena sihir “puja” atau sihir. Selain dari itu masalah-masalah yang berkaitan dengan kemaluan saperti LONGGAR,KEPUTIHAN,GATAL-GATAL, BECAK, BERBAU dan lain-lain akan dikenal pasti dan diatasi. Permasalahan ini juga boleh berlaku akibat dari kejahatan makhluk halus atau jin. Jangan ambil mudah dan jangan diabaikan masalah ini, ia bakal mendatangkan pelbagai masalah….masalah kemurungan, tiada keyakinan diri, takut serta hilang ketenangan. Ianya juga bakal menjadi punca utama kearah KECURANGAN PASANGAN DAN PENGLIBATAN ORANG KETIGA. Sesungguhnya kami amat takut dan sedih dengan femomena ini….begitu berleluasa sekali.

Dengan penggabungan dua kaedah utama yakni kaedah perubatan islam dan urutan (yang berasaskan teori hebat diperingkat antarabangsa yang diiktiraf badan kesihatan sedunia,WHO) kami amat yakin sekali dengan izin Allah kebanyakan permasalahan yang membelenggu wanita hari ini bakal terjawab.

Secara keseluruhanya tumpuan atau fokus didalam rawatan vagina/ kemaluan ini adalah kepada permasalah berikut:-

  1. Masalah kemaluan wanita berbau busuk, berair .
  2. Masalah kemaluan longgar
  3. Masalah kemaluan gatal
  4. Masalah keputihan
  5. Masalah isteri tiada minat serta tiada nafsu dalam hubungan seks
  6. Masalah sakit ketika ‘bersama’ suami
  7. Masalah peranakan/rahim jatuh  ***
  8. Tiada Nikmat Dalam Hubungan Seksual
  9. Masalah malas nak layan suami dll

Sayugia diingat bahawa segala sakit/permasalahan kesihatan yang dihidapi hanyalah satu simpton kepada permasalahan organ utama ( Paru-paru, Jantung, Limpa, Hati, Buah Pinggang dan Pericardium). Ianya terjadi kerana organ-organ utama ini tidak mendapat bekalan tenaga yang mencukupi untuk menjalankan fungsinya. Justeru kaedah urutan yang kami jalankan ialah bertujuan menstimulasikan kembali saluran “connectivity” yang tersekat pada laluan organ organ tadi. Pengambilan ubatan sahaja tidak menjawab persoalan ini.

Rawatan diakhiri dengan doa serta pengisian potensi energi Ilahiah menggunakan olahan batin peringkat tinggi agar kehebatan asal organ intim dikembalikan bahkan diperkuatkan lagi. Ini adalah urusan doa kepada Allah SWT dan anda tidak akan memperolehinya melalui pemakanan jamu, vitamin maupun sapuan-sapuan yang berlambak dipasaran. Kesannya begitu ketara sekali,organ intim akan terasa berdenyut-denyut untuk digauli, tenaga kemutan lebih berdaya sekali gus mengembalikan nostalgia kenikmatan yang pernah dirasai diawal perkahwinan.

Sebagai rumusan, sekarang anda mempunyai banyak pilihan dalam melakukan rawatan:

i. Menggunakan ubat-ubatan moden yang terdapat dihospital atau farmasi

atau

ii. Membeli jamu-jamu yang berlambak dipasaran

atau

iii. Membeli produk-produk yang dutanya adalah artis dan selibriti

atau

iv. Mendapatkan rawatan alternatif samada yang mengikut syariat atau sebaliknya

atau

v. Mendapatkan rawatan secara urutan yang juga berlambak dipasaran tanpa mengetahui asas saintifik mana yang diguna pakai.

atau

vi.Mendapatkan rawatan dari pengamal perubatan yang menggabungkan teori urutan yang berasaskan saintifik yang diiktiraf serta juga kaedah islamik perubatan islam yang tidak bercanggah dari segi syariat serta jika perlu menggunakan herba-herba terpilih serta teruji keberkesanannya.

*** Kemuncak kepada masalah peranakan/rahim jatuh ialah terkeluarnya rahim semacam buasir ( pengalaman kami ). Pihak hospital menggunakan kaedah pemakaian “gelang” bagi mengelak ianya terus jatuh. Amat menakutkan dan mencabar kewibawaan kami. Allah Yang Maha Esa lah tempat memohon pertolongan. Alahmdulillah segalanya berakhir dengan sempurna.

 

JAGALAH HARTA KESAYANGAN ANDA UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORANG TERSAYANG 

 

 


Comments are closed.

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com