Mukaddimah

MENGENAI KAMI

KARTIKA BUANA, sebuah pusat rawatan dan perubatan islam ditubuhkan pada tahun 2006. Pengasasnya, Dr Normah Idrus CmD (Asia Pacific Open University) adalah seorang yang berpengalaman luas dan gigih didalam mempelajari dan mendalami ilmu serta kemahiran. Kerjaya awal ibu berusia 52th ini bermula pada awal 1980an sebagai perunding kecantikan dan andaman. Beliau juga berkemahiran dalam bidang rawatan kecantikan tradisional yang dipelajari daripada pengasas jamu dan kosmetik Indonesia yang popular dalam pasaran diIndonesia dan Malaysia. Manakala bidang urutan dan rawatan selepas bersalin diwarisi daripada neneknya yang juga merupakan bidan tersohor diTerengganu pada tahun 60an dan 70an.

Bermula dari aktiviti kecantikan dan urutan inilah Dr Normah diperturunkan sedikit demi sedikit ilmu perubatan tradisional oleh neneknya. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam dan didikan dari neneknya, beliau menjadikan ayat-ayat ruqyah sebagai amalan harian sejak usia beliau 22 tahun lagi.

Dr Normah adalah seorang wanita yang amat menghormati orang tua-tua, guru-guru pondok dan ustaz-ustaz. Beliau suka mendekati golongan ini dan tidak ketinggalan mempelajari pelbagai ayat-ayat Al-Quran dan keilmuan daripada mereka dan seterusnya beramal dengan penuh istiqomah. Beliau sanggup menjelajah keseluruh pelusuk tanahair, malah ke Selatan Thailand, mengunjungi pondok-pondok agama semata-mata memenuhi keinginanya untuk mendalami ilmu-ilmu hikmah khususnya dalam bidang perubatan Islam. Pada masa yang sama ilmu yang diperolehi diamalkan dan digunapakai ketika merawat kecantikan dan juga rawatan selepas bersalin seperti mengurut, bertungku dan mandian.

MENYAMBUNG PELAJARAN DALAM BIDANG PERUBATAN KOMPLEMENTARI

Tahun 2008 Dr Normah amat bertuah kerana diberi peluang menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan Komplimentari oleh Asia Pacific Open University melalui Institusi Affiliasinya iaitu Akademi Stimulaterapi Malaysia pengkususan dalam Urutan Stimulaterapi. Selama 4 tahun berhempas pulas menghadiri kelas serta sesi klinikal akhirnya beliau berjaya menyiapkan sebuah tesis bertajuk ”  Urutan Stimulaterapi Dan Pengambilan Herba Untuk Melegakan Sakit Punggung Dikalangan Wanita-  Satu Kajian “, akhirnya dilulus dan dianuegarahkan Ijazah Kedoktoran Dalam Bidang Perubatan Komplementari oleh universiti tersebut pada Ogos 2012.

Kini para pengamal stimulaterapi sudah mempunyai  persatuan sendiri dikenali sebagai Persatuan Pengamal Stimulaterapi Malaysia (PESTIMAL) dan beliau adalah Ahli Majlis Perunding kepada badan ini. PESTIMAL adalah merupakan persatuan yang  bernaung dibawah badan gabungan bernama ” Federation Of Complementary And Natural Medical Associations, Malaysia (FCNMAM) serta berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain dari itu bidang Stimulaterapi ini banyak menghasilkan penemuan baru bagi Dr Normah dalam menjalankan rawatan secara total keatas pesakit khususnya rawatan berkaitan gangguan makhluk halus atau jin.

TEKNOLOGI AL-QURAN DLM PERUBATAN, KECANTIKAN DAN KETERAMPILAN

ROHANI KUNCI KESIHATAN, KECANTIKAN DAN KETERAMPILAN

Rohani adalah kunci segalanya dalam diri seseorang manusia (mukmin). Rohani adalah kunci pada kesihatan, rohani adalah kunci kepada kecantikan dan rohani jugalah kunci kepada keterampilan. Rohani juga selalu dirujuk kepada hati, jiwa, kalbu, mental, fikiran yang mana dalam kehidupan harian diterjemahkan kepada keinginan, ingatan, kemahuan, serta berbagai perasaan saperti rindu, kasih, sedih, gembira dan berbagai lagi.

Apabila rohani/hati seseorang itu sakit ianya bakal mengganggu rutin kehidupan seseorang manusia, bakal mengganggu tidur, rehat, makan minum, pemakaian dan juga tatarias diri.Maka kesimpulanya penyakit rohani inilah punca sebenar kepada kerosakan jasmani yang meliputi penyakit fizikal, aspek kecantikan maupun keterampilan seseorang.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah.Oleh sebab itu aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam HATIMU” HR Bukhari dan Muslim

Oleh hal yang demikian dalam sebarang rawatan apapun kita tidak boleh meninggalkan aspek kerohanian ini begitu sahaja, malah kena lebih fokus kepadanya, ianya tidak ubah saperti sukan memanah, pemanah yang baik adalah pemanah yang dapat mengenai sasaran yang tepat ditengah-tengah objek.

Keberserahan Diri Pada Allah

Menurut kitab Tibnabawi, Rasulullah S.A.W pernah merawat dirinya sendiri dan menganjurkan para sahabatnya supaya merawat diri mereka sendiri melalui kaedah amalan pemakanan yang baik dan keberserahan yang tinggi kepada Allah, tunduk dan pasrah kepadaNya. Kehendak manusia adalah usaha manakala kehendak Allah adalah penentu. Tanpa kudrat yang diberikan olehNya siapa lah makhluk untuk mengakui kehebatan.

Sebagai perawat kami menerapkan nilai-nilai ini didalam kaedah perubatan, yakni kaedah dua hala dimana pesakit diminta supaya sama-sama menyerah diri dan bulat-bulat berlindung kepada Allah dengan memperbanyakan istihgfar, selawat dan bacaan kalimah Toyyibah.

Firman Allah SWT :

 

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ {1}

مَلِكِ النَّاسِ {2}

إِلَٰهِ النَّاسِ {3}

مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ {4}

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ {5}

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ {6}

“Katakanlah (wahai Muhammad) ” Aku berlindung kepada (Allah) pemelihara sekelian manusia.Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia, dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutan kedalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia” Surah Al-Nas 1-6

InsyaAllah dengan izinNya kita dikurniakan kembali kesihatan yang baik demi matlamat yang satu..terus bertawakkal kepadaNya pencipta sekelian Alam.

Mengesan Penyakit

Ketepatan mengesan sesuatu penyakit adalah faktor yang amat penting dalam perubatan. Kesilapan dalam mengesan/diagnos sesuatu penyakit bakal menyumbang kepada pelbagai kesan negatif dan juga fitnah.

Justeru sebagai pengamal perubatan seseorang itu harus mempunyai pelbagai kaedah dalam mengesan penyakit dan tidaklah boleh hanya bergantung pada satu kaedah yang sama semata-mata. Pesakit juga harus berhati-hati dan bijak apabila berjumpa seseorang pengamal perubatan dan jangan sesekali terus mempercayai apa yang dikatakan pengamal perubatan apatah lagi taksub dengan apa yang diperkatakan.

Terdapat banyak kes dimana simpton-simpton penyakit (medikal) menyamai dengan penyakit-penyakit yang dihidapi pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus, justeru pengamal perubatan lantas membuat kesimpulan bahawa seseorang itu telah terkena gangguan makhluk halus samada santau, sihir maupun saka sedangkan sebenarnya tidak. Kebetulan pula pesakit berkenaan adalah seorang yang amat taksub dengan perkara begini.

Antara penyakit-penyakit yang menyamai penyakit akibat gangguan makhluk halus adalah:-

- Kanak-kanak menangis berterusan dengan keadaan mata yang terbeliak keatas

- Tak tidur malam

- Pendarahan vagina yang berterusan( istihadhah ) dan lain-lain.

- Fikiran terganggu dan berdebar-debar

Situasi/simpton diatas juga boleh berlaku akibat kekurangan bekalan tenaga (air,darah,oksijen) kepada organ-organ tertentu didalam tubuh dan memerlukan penyelesaian yang berbeza-berbeza.

Pengalaman, pengetahuan dan kepelbagaian dalam menangani/mengesan sesuatu penyakit  adalah memainkan peranan yang amat penting dan harus dimiliki oleh seseorang pengamal perubatan.

Kami diKARTIKA BUANA amat mengutamakan perihal pengesanan penyakit ini dan menggunakan beberapa kaedah dalam menanganinya antaranya:-

i.   Kaedah komplementari- “pain marking analysis”

ii.  Kaedah Irodology

iii. Kaedah batiniah

Manafaat besar daripada kepelbagaian teknik diagnosa ini ialah menjimatkan masa, tanpa perlu menggunakan mesin-mesin atau peralatan dan yang paling penting ialah dapat membezakan punca penyakit samada ianya penyakit berkaitan gangguan jin, sihir dll atau ianya adalah satu penyakit klinikal atau kedua-dua sekali. Justeru tindakan rawatan boleh dilakukan dengan pantas.

Hanya Wanita Memahami Naluri Wanita

Alhamdulillah syukur hehadhrat Allah SWT, kaum muslimah kini boleh memilih untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan daripada perawat wanita saperti Dr Normah semuga sebarang kemusykilan dapat diluahkan dengan lebih terbuka. Sebagai seorang perawat wanita Dr Normah dapat memahami citarasa serta naluri sesama wanita menjadikan penyelesaian lebih terserlah dan tepat. InsyaAllah.

Doa Sebagai Pelengkap Segala Usaha.

Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaku, nescaya aku akan perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahku akan masuk kedalam neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (Al-Gafir:60)

Kaedah Ruqyah Al-Syar’iyyah ini tidak hanya terbatas kepada rawatan penyakit-penyakit medik dan non-medik sahaja malah kami lebarkan ia merangkumi rawatan kecantikan dan keterampilan, yang mana dalam bidang kecantikan pelanggan dirawat dengan menggunakan produk dan teknologi terkini berpaksikan metode rohaniah dan dipanjatkan doa sebagai pelengkap. Begitu juga dengan rawatan keterampilan.

Semuga kita khususnya umat islam memperoleh manfaat daripada inisiatif Dr Normah ini dan diredhaiNya.

Sama-samalah kita menerokai kehebatan teknologi Al-Quran ini, satu-satunya pedoman kehidupan yang sempurna dan lengkap yang memandu kita kejalan yang diredhai didunia dan akhirat.

InsyaAllah

LIHAT KAMI DI SAFIYYA TV9 2012 EPISOD 38

 

 

PENGUMUMAN:

KINI CAWANGAN KAMI DI SUBANG BESTARI TELAH DI BUKA DI ALAMAT BERIKUT:

NO: 16-1 (GF),

JALAN NOVA N U5/N, SUBANG BESTARI

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

 

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com