Pakej Rawatan Selepas Bersalin – Teknologi Al-Quran

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Tidak ada manusia yang dilahirkan melainkan semuanya dicucuk oleh syaitan. Tetapi bayi itu akan lebih mudah menjerit (menangis) disebabkan cucukanya itu. Semuanya didatangi syaitan kecuali Maryam dan anaknya”

Menyedari sabda Nabi SAW diatas kami di KARTIKA BUANA mengambil inisiatif menawarkan khidmat yang komprehensif kepada golongan ini. Antara khidmat yang kami tawarkan adalah saperti berikut:

RAWATAN SEMASA MENGANDUNG – TEKNOLOGI AL-QURAN

Rawatan Penjagaan Rohaniah Semasa Mengandung

Fasa Pertama ujian dan dugaan dalam kehidupan berkeluarga bermula ketika hari pertama perkahwinan.Ini kami gariskan secara terperinci dibahagian RAWATAN PRA-PERKAHWINAN.

Manakala Fasa Kedua ujian dan dugaan dalam kehidupan berkeluarga bermula sewaktu kita mengandung.Sekiranya kita berjaya harungi saat-saat ini dengan penuh keimanan, keberserahan, kesyukuran dan ketaqwaan kita pada Allah SWT kami yakin kita bakal dianugerahkan zuriat yang akan membawa sinar yang menerangi kehidupan kita keseluruhanya. Pada ketika ini ibubapa wajib menjaga keimanan masing-masing bagi memastikan zuriat yang bakal dilahirkan menjadi seorang insan yang bertakwa dan membahagiakan keluarga kita.

Disaat-saat penting ini para askar syaitan dari berbagai pangkat berlegar-legar bekerja keras memainkan peranan menghasut,menggoda pasangan suami isteri agar terus terjerumus kelembah kealpaan. Isteri dihasut supaya sentiasa mengantuk dan tidur, malas beribadat, malas melayani suami dan berbagai-bagai lagi. Manakala sisuami pula dihasut supaya sentiasa tidak senang dengan sikap isteri lantas mencuba-cuba mencari “keindahan diluar” yang bakal membawa kepada bermulanya campurtangan orang ketiga dan kehancuran rumahtangga.

Pada ketika inilah juga kita selalunya lebih terpengaruh dan terperangkap dengan arus kemodenan teknologi yang hanya menekankan kaedah-kaedah saintifik dalam penjagaan janin dan kesihatan mengikut acuan barat sampai terlupa untuk memberi penekanan dalam aspek-aspek rohaniah yang sepatutnya berada diatas segala apapun percaturan.

Apa peranan kami ketika ini sebagai pengamal perubatan tradisional Islam?

Banyak peranan yang boleh kami berikan kepada kaum ibu ketika mereka berhadapan dengan situasi sebeginiL:-

- urutan membetulkan kedudukan janin yang menghalang pergerakan kaum ibu.

- urutan bagi menghilangkan bisa badan yang menjadikan seseorang itu malas

- mandian pembersihan energi negatif yang mengganggu ketenangan fikiran seseorang ibu

- mengenal pasti permasalahan lain secara batiniah dan berusaha mengatasinya

Selain dari itu para ibu disarankan membaca/mengamalkan beberapa ayat-ayat suci Al-Quran yang dengan izin Allah kita dianugerahkan anak yang baik-baik.

Kami akan berikan ayat-ayat ini semasa anda menjalani rawatan nanti. Antara ayat-ayat yang berkaitan ialah:-

* Agar anak patuh pada Allah

* Agar kita diberikan anak yang baik

* Agar kita juga diberikan zuriat yang menyenangkan hati.

•Zikir Ruqyah Untuk Permudahkan Kelahiran (Air Selusuh)- boleh dibuat secara jarak jauh

Pengalaman pengamal sendiri mengandung dan melahirkan 5 orang anak termasuk 2 anak kembar tanpa melalui sebarang pembedahan maupun guntingan mendorong beliau untuk memanjang pengetahuan yang ada untuk dinikmati oleh kaum ibu yang bakal melahirkan.

Dengan air selusuh yang disediakan oleh kami insyaAllah anda bakal melahirkan zuriat dengan senang tanpa sebarang komplikasi dan kesakitan.Justeru “organ intim” yang amat kita sayangi itu terpelihara dan tidak menghadirkan sebarang kesan negatif.

Ingatan:Jangan abaikan aspek rohaniah ini, bila terlepas kita tidak dapat undur lagi !!!

RAWATAN SELEPAS BERSALIN ( TEKNOLOGI AL-QURAN)

Mewarisi kepakaran urutan dan perbidanan dari neneknya yang tersohor diTerengganu pada tahun 60an dan 70an dan kini dilengkapi pula dengan ilmu perubatan tradisional Islam memberikan satu nilai tambah yang amat tinggi kepada Dr Normah dalam mengendalikan perkhidmatan rawatan selepas bersalin untuk dimanfaatkan oleh kaum ibu masa kini.

Sabda Nabi SAW diatas janganlah kita ambil mudah dan abaikan.

Kehadiran syaitan ketika saat-saat wanita ingin melahirkan bukan saja bertujuan mengganggu bayi berkenaan malah mengganggu wanita yang bersalin. Oleh kerana wanita pada ketika itu berada dalam keadaan yang lemah dan berhadas besar, maka mudahlah bagi syaitan untuk merosakan jiwa dan raga wanita tersebut.

Oleh hal yang demikian maka amat penting bagi seseorang wanita yang bersalin untuk menjaga dirinya dan anaknya agar terhindar dari gangguan syaitan dan iblis laknatullah ini.

Diantara rawatan yang kami sediakan adalah:-

Mandian Pembuangan Energi Negatif

Mandian ini amat penting bagi wanita yang baru bersalin. Masalah yang paling lumrah berlaku ialah “tekanan” atau dalam istilah saintifik dipanggil “postnatal depression”. Postnatal depression boleh menjadikan seseorang itu “meroyan”. Kaedah moden menangani masalah ini ialah dengan mendapatkan khidmat kounselor atau pakar saikologi. Anda boleh memilih kaedah ini, namun bagi kami tekanan berlaku apabila seseorang itu kuat berfikir, tak cukup rehat dan tidur menjadikan seseorang itu marah, kecewa, takut dan sebagainya. Perasaan begini membuka ruang utk. digodai syaitan. Kaedah mandian ini mampu menenangkan seseorang. Adalah lebih baik anda menjalani kedua-dua kaedah tersebut.

Mandian Herba Untuk Pemulihan Kesihatan

Mandian herba memberikan banyak manfaat kepada wanita dalam pantang. Herba-herba berfungsi memulihkan kembali kesihatan seseorang dan yang lebih penting herba-herba ini dizikirkan terlebih dahulu sebelum mandian.

Urutan + Zikir Ruqyah Pembuangan dan Pemulihan

Tidak dapat dinafikan lagi, urutan amat penting bagi orang bersalin. Urutan boleh melancarkan peredaran darah, memecah lemak ,memecah darah beku, membetulkan urat saraf dan lain-lain. Urutan yang disusuli doa akan memberikan kesan yang ketara dalam pemulihan. Mudah-mudahan ibu-ibu yang menjalani urutan ini kembali pulih, sihat dan lebih penting mengembalikan semula prestasi hubungan seks apabila sudah lepas tempuh berpantang.

Bertungku + Zikir Ruqyah Pembuangan dan Pemulihan 

Bertungku memberikan banyak manfaat kepada ibu-ibu selepas bersalin. Badan seseorang wanita dalam pantang tidak boleh berada dalam keadaan sejuk. Darah kotor, lemak mudah membeku dan bakal mengganggu peredaran darah dan pengaliran oksijen. Masalah ini menjadikan seseorang itu tidak sihat, mudah diserang demam, sakit kepala, rabun dan banyak lagi. Kaedah bertunku sudah terbukti keberkesananya sejak dahulu kala lagi .

Bengkong

Memakai Bengkong juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Ianya amat berkesan dipakai semasa dalam pantang agar susuk badan asal dapat dikembalikan.

Bertangas

Rempah ratus yang diguna untuk bertangas diruqyahkan agar mendapat hasil optimum

Sauna

Rempah sauna juga dizikirkan agar dimakbulkan Allah apa jua hajat yang kita mohon

Zikir ruqyah keatas bayi agar terhindar sebarang gangguan

Alangkah eloknya jika bayi kita yang baru dilahirkan itu dimandikan dengan air yang didoa dan zikir. Mudah-mudahan bayi kita membesar dengan sempurna dan menjadi orang berjasa, beriman dan bertaqwa.

Konsultasi Sepontan Semasa Rawatan

Semasa sessi rawatanlah anda bakal memperolehi banyak pengetahuan, pengalaman dan maklumat mengenai apa saja tentang diri anda dan kehidupan. Lebih penting penyakit-penyakit serta permasahan lain boleh di-diagnos justeru mencari jalan mengatasinya, mudah-mudahan hari-hari mendatang anda akan lebih sejahtera dan bermakna.

Rawatan selepas bersalin ini boleh dibuat dalam tempoh 1 minggu selepas melahirkan.

 
PERHATIAN

Berhati-hati memilih tukang urut, pemindahan SAKA boleh berlaku dalam proses urutan. Carilah tukang urut yang benar-benar menjaga aqidah dan keimanan

 


 

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com