Rawat Penyakit Klinikal Dengan Al-Quran

Sejarah Islam telah membuktikan kehebatan ayat-ayat suci Al-Quran dalam bidang perubatan. Ianya bukan hanya tertumpu pada penyakit-penyakit non-medikal sahaja malah ianya lebih menyeluruh termasuk penyakit medikal juga.

Kami diKARTIKA BUANA mengutamakan madu didalam perubatan. Madu dengan campuran anugerah alam yang lain mampu mengubati hampir semua jenis penyakit apatah lagi diperkuatkan dengan zikir dan doa.
Firman Allah SWT:

ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Akan keluar daripada perutnya ( lebah ) minuman ( manisan madu ) yang berbagai-bagai warnya mengandungi penyembuh bagi manusia. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir” (Al-Nahl:69)

Pendekatan lain didalam proses rawatan yang kami lakukan adalah kaedah urutan berasaskan teori “BODY MERIDIAN” yang dikenali sebagai urutan stimulatherapy. Teori ini yang diiktiraf oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) digunakan secara meluas di negara China dan amat berjaya sekali. Ianya dikenali sebagai TCM ( Tradisional Chinese Medicine), yang kini sudah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kalau sekarang ini kita sudah mula mendengar ungkapan ” Organ tubuh manusia merawat diri sendiri” yang popular diguna pakai para penggiat MLM, dinegara China ungkapan ini sudah digunapakai beribu-ribu tahun dahulu lagi. Justeru anda boleh membuat kesimpulan pada tahap manakah kemajuan sektor perubatan kita berbanding negara luar. Kalau kita pandai menyebut “organ tubuh manusia merawat diri sendiri” maka boleh kah kita menghuraikan organ2 tersebut, organ mana merawat organ yang mana?. Modality urutan stimulateraphy mampu menjawab persoalan ini.

Oleh yang demikian dengan penggabungan kepakaran dalam bidang rawatan islam, TCM ( urutan stimulateraphy), penggunaan madu serta herba anugerah alam, kami amat yakin permasalahan penyakit klinikal akan dapat diselesaikan tanpa apa-apa kesan sampingan.

PENYAKIT YANG SELALU DIRAWAT

-           Kanser ( B 17 )

-           Migraine

-           Rambut gugur

-           Stroke

-           Buasir

-          Gout

-          Batu karang

-          Darah tinggi

-          Darah rendah

-          Fibroid/ketumbuhan

-          Asma dll.

 


  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com