Rawatan Fizikal

Ada beberapa jenis rawatan yang kami sediakan samada untuk kecantikan maupun untuk kesihatan

Urutan Tradisional Melayu

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa urutan tradisional melayu memberikan sumbangan yang besar kepada kesihatan ummah khususnya masyarakat melayu. Dr.Normah yang berpengalaman luas dalam bidang urutan tradisional melayu sejak usia 20an bersedia membantu anda dalam menangani masalah kesihatan anda.

Anda boleh mendapatkan khidmat urutan trdisional melayu daripada Dr.Normah untuk maksud berikut:

- Urutan seluruh badan

- Urutan pemulihan rahim/sengkak peranakan

- Urutan pemulihan dan peningkatan tenaga batin

- Urutan membetul kedudukan bayi dalam kandungan

Urutan Stimulatherapy

Pengenalan Kepada Stimulatherapy

Stimulatherapy adalah satu jenis terapi melalui rangsangan ke atas tubuh agar tubuh mampu merawat dirinya sendiri (Self Cure). Bagaimana tubuh dirangsang? Tubuh manusia adalah satu binaan biologi yang kompleks. Kita mempunyai pelbagai kaedah untuk mengenali dan memahami anatomi dan sistem fisiologi tubuh manusia. Samaada kaedah tradisonal atau kaedah barat modern. Saya akan membincangkannya dari perspektif TCM (Tradisional Chinese Medicines).

Seluruh tubuh manusia boleh dirangsang dari luar mahu pun dari dalam melalui pelbagai bagai kaedah. Namun ada bahagian lebih mudah dirangsang dan ada bahagian yang agak sukar. Tempat yang lebih mudah dirangsang ialah;

i. saloran tenaga (bio-energy channel).

ii. Titik – titik refleksi (Reflect points).

iii. Pintu tenaga (Entry Points) dan titik sambungan (Connectivity)

Justru rangsangan yang berkesan hendaklah dilakukan pada saloran, titik refleksi dan titik sambungan yang tepat pada lokasinya dan sesuai pada masanya.

Umumnya bahagian tubuh manusia sentiasa berada dalam kondisi berikut:

i. insufficient.

ii. Deficient

iii. Dysfunction

iv. Disorder

Untuk lebih memahami bagaimana tubuh manusia boleh berada pada empat tahap tersebut kita harus kembali kepada teori “Body Meridians Theory”. Mengikut teori ini, dalam tubuh manusia yang hidup ada mengalir sejenis tenaga hayat (bioenergy) atau chi atau prana. Ibarat barangan elektrik, ia akan ‘hidup’ dan berfungsi apabila ada arus elektrik yang mengalir kepadanya. Jika arus elektrik mengalir melalui kabel atau wayar tenaga hayat pula mengalir melalui saloran atau energy channel.

Saloran tenaga hayat mengalir setiap saat dalam 24 jam. Mengikut teori ini setiap organ tubuh hanya akan berfungsi normal jika mendapat bekalan tenaga (tenaga hayat) yang mencukupi. Atas sesuatu sebab, bekalan tenaga hayat kesuatu organ mungkin berkurangan – kekurangan ini akan membawa implikasi ketidak seimbangan yang seterusnya memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang.

APAKAH YANG MENJEJASKAN PENGALIRAN TENAGA HAYAT?

1. Penyempitan saloran oleh cuaca atau kecederaan atau tekanan emosi.

2. Halangan (blockage) pada saloran oleh cuaca atau kecederaan, infeksi atau tekanan emosi.

3. Demam atau penyakit seperti darah tinggi, athma, kencing manis, gout, buah pinggang dll.

4. peningkatan usia

Kesemua pengaliran tenaga adalah berjalan dengan sendiri secara semula jadi di bawah pentadbiran langit (Allah SWT). Tiada mesin atau alat khusus untuk menjana dan mengalirkan tenaga hayat. Tenaga hayat mengalir mengikutsaloran dengan tertib alami berterusan (continuosly) dan bersambungan (interconnected). Sistem saling berhubungan dan bersambungan ini memungkinkan prinsip refleksi berlaku. Di mana apabila satu bahagian itu dirangsang ia akan turut merangsang bahagian lain yang bersambungan dengan nya. Maka prinsip ini turut memungkinkan ‘Distance Healing” atau ‘Distance Stimulation’.

Inilah kehebatan sistem Allah yang penuh limpaan kasih sayang untuk hambanya agar hambanya sentiasa dapat menolong dirinya. Contohnya, jika berlaku sesuatu kondisi kekurangan tenaga hayat bahagian otak, ia boleh diikhtiarkan melalui saloran jantung dan pericardium yang terletak di lengan.

Anatomi titik refleksi Stimulatheraphy hampir sama dengan acupoints anatomydalam Acupuncture dan Acupressure. Beza yang ketara antara keduanya ialah, stimulatherapy tidak mementingkan ukuran tepat bagi setiap titik berbanding terapi Acupuncture.

Justeru kewujudan urutan stimulatherapy banyak memberikan sumbangan kepada kesihatan masyarakat. Apatah lagi kami diKartika Buana menggunakan zikir-zikir ketika urutan dilakukan.

Rawatan Muka

Kami menyediakan perkhidmatan rawatan muka untuk berbagai jenis kulit menggunakan produk dan teknologi terkini. Namun kelainan kami adalah segala produk yang digunakan termasuk air disertai zikir-zikir ruqyah memohon keberkesanan dan kesucian rohaniah serta dihindari daripada segala fitnah jahat syaitan. Mudah-mudahan keberkesananya dapat dinikmati semaksima mungkin oleh para pelanggan.InsyaAllah.

Rawatan Resdung

Rawatan yang dijalankan adalah dengan menggabungkan teknologi Al-Quran dan produk terkini untuk mendapatkan kesan maksima. Sebagai pengamal perubatan islam kami melihat resdung secara menyeluruh yang meliputi keseluruhan badan manusia dan tidak hanya tertumpu pada bahagian-bahagian tertentu tubuh badan sahaja. Langkah rawatan yang dijalankan kami adalah saperti berikut:-

i.    Dimulai dengan mandian pembuangan. Pada peringkat ini segala penyakit yang berkaitan dengan resdung insyaAllah akan keluar, misalnya gatal-gatal dibahagian sulit, mata ,telinga, hidung, tekak dan lain-lain.Bau nafas yang tidak enak juga akan dinyahkan.
ii.    Rawatan muka/facial dengan menggunakan teknologi moden
iii.   Penggunaan lilin
iv.   Doa penutup menghindari jangkitan.

Rawatan Mandi Lulur

Rawatan mandi lulur ini juga merupakan penggabungan ruqyah ayat-ayat Al-Quran keatas produk. InsyaAllah dengan kaedah terkini disertai pengisian zikir anda akan merasai kelainan berbanding dengan rawatan konvensional yang pernah anda lalui.

BEKAM

Bekam adalah satu cara perubatan yang digemari Rasulullah S.A.W.yang bertujuan mengeluarkan sebarang toksid (racun) dari badan melalui permukaan kulit dan ianya adalah selamat.

Sabda Rasulullah S.A.W:-

” Barang siapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah SWT ”

” Sebaik-baik perubatan bagi kalian adalah hijamah(berbekam). -HR Ahmad & Tabrani.

Antara manfaat berbekam ialah:-

- Membuang angin dan melancarkan sistem pernafasan

- Menghilangkan sakit kepala dan migrain

- Melancarkan peredaran darah

- Memecah kan lemak didalam darah dan memulih ketengan urat

- Menajamkan penglihatan bila perjalanan darah tidak lagi tersekat

- Mengeluarkan darah yang bertoksid

- Membuang segala makluk halus.

 

 

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com