Rawatan Pra Perkahwinan

RAWATAN PRA-PERKAHWINAN

♦Perkahwinan adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.Ianya merupakan satu penyatuan keluarga yang memerlukan satu situasi keharmonian yang diidamkan semua. Penyatuan juga tidak digemari iblis. Makhluk ini juga akan bekerja keras dari berbagai sudut untuk menghalang penyatuan. Oleh hal yang demikian sebelum melangkah kealam perkahwinan seseorang memerlukan persiapan rohani dan jasmani yang betul-betul mantap dan tidak mudah goyah. Sebagai sebuah pusat rawatan perubatan dan kecantikan Islam kami terpanggil untuk memberikan input yang betul-betul bakal memberikan pengetahuan dan manfaat yang akan digunapakai anda sehingga akhir hayat. Kami amat berharap agar masyarakat melayu islam tidak mudah layu dengan gimik kecantikan yang dikemukakan barat  yang menonjolkan glamaour dan status . Kami mahukan anda semua menikmati kehebatan aura yang terhasil dari pengunaan kalimah Allah dalam setiap rawatan yang jalankan. Semuga kehidupan baru yang bakal anda lalui dirahmati Allah SWT…InsyaAllah.

Apa Yang Anda Idamkan Dihari Perkahwinan ?

Pada kebanyakan bakal pengantin tentunya anda idamkan satu majlis yang meriah, cuaca bagus, kehadiran tetamu memuaskan, muzik bagus, makanan cukup dan lazat, make-up cantik, hiasan pelamin pun cantik dan banyak lagi. InsyAllah anda mampu menggapainya.

Adakah anda idamkan ini semua…..

- Tak jemu mata memandang dimata suami/isteri tercinta dan juga keluarga mentua

- Sentiasa disukai dan disayangi mentua dan ipar duai

- Sentiasa dapat memberikan kepuasan maksima kepada suami/isteri ketika diranjang

- Organ intim yang tidak bermasalah saperti keputihan dan berbau (isteri)

- Tidak ada campurtangan orang ketiga dalam kehidupan

- Suami/isteri tidak mencari keindahan diluar

- Suami/isteri tidak mengabaikan tanggungjawab rumahtangga

Kesemuanya bakal terjawab didalam jenis-jenis rawatan yang kami anjurkan dibawah. InsyaAllah.

Apakah Jenis Rawatan Dalam Pakej Ini

♦Mandi saiyidina

Mandian ini adalah ibu pada segala rawatan. Ianya mencakupi proses penyucian jasmiah dan rohaniah. Sebahagian besar ilmuan samada dalam bidang keilmuan Islam maupun dalam bidang sains kesihatan menerima hakikat bahawa kesihatan seseorang itu berkait rapat dengan hati dan rohani. Justeru sehandal mana seseorang ahli perubatan itu pun, melalui kepakaran teknologi,mereka tidak akan mampu merawat ibu penyakit yang ada pada manusia yakni hati dan rohani. Penyakit ini hanya boleh dirawat dengan menguatkan ketahanan rasa bersandar pada Allah, berhukum dengan hukumnya, tunduk dan pasrah denganNya pencipta Alam semesta.

Dalam kontek rawatan mandi saiyidina ini kaedah dan pendekatan kami adalah semata-mata menjurus kepada penterjemahan ” Kunci Perubatan” yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Mandian ini mempunyai terlalu banyah khasiat. Pada ketika inilah kita bermohon kepada Allah SWT akan apa sahaja hajat yang kita perlukan misalnya:-

- Memohon keampunan

- Memohon dibersihkan diri dari sebarang gangguan makhluk halus

- Memohon perkahwinan lancar

- Memohon diterima baik oleh bakal suami,mentua serta ipar duai

- Memohon dibersihkan diri dari segala penyakit rohani dan jasmani, yang diketahui dan tidak diketahui

- Memohon kekuatan melayari kehidupan dan berbagai lagi

Pada sessi rawatan ini jugalah melalui teknik olahan batin, kita bakal ketahui permasalahan luaran dan dalaman yang mungkin menjurus kepada keretakan rumah tangga jika tidak ditangani.

Anda bakal merasai satu ketenangan dan keceriaan yang luar biasa satelah menjalani mandian ini.InsyAllah.

♦Akupunture Nur Illahi Agung

Akupunture Nur Illahi Agung ini adalah satu kaedah olahan batin mengalirkan gelombang potensi energi IIlahiah dari ayat yang dipetik dari surah Al-Ra’du seterusnya mengaktifkan simpul bathin yang akan mempercantikan/mempertampankan wajah, awet muda, karisma, wibawa, keayuan dan lain-lain.

Ianya dilakukan juga di bahagian payudara yang bakal menguat dan meningkatkan sensiviti, kemontokan dan keindahan payudara.

Manakala dibahagian vagina olahan yang sama dilakukan yang bakal terhasil satu situasi dan rasa yang tak terucap.

♦Urutan Seluruh Badan

Walaupun masih muda, urutan adalah penting bagi seseorang. Kehidupan seharian yang lasak, perubahan cuaca dan suhu badan yang mendadak mengundang berbagai masalah pada urat saraf seseorang. Melalui urutan, peredaran darah berjalan lancar, pengaliran oksijen seimbang, fikiran menjadi lebih tajam, lebih rajin, keceriaan terpancar dan keyakinan diri meningkat.

Dengan mengekalkan teknik konvensional dalam rawatan ini, perawat yang berkelayakan dalam bidang stimulaterapy serta teori ‘ Body Meridian’ ,segala ‘point refleksi’ yang berkaitan kesihatan dan kecantikan dimafaatkan serta  ditambah dengan doa dan pengaliran potensi Energi Ilahiah, anda bakal merasakan kelainan pada diri anda.Ini tambah menggembirakan lagi pasangan lantas keharmonian hidup berumahtangga tergapai.

♦Mandi Seri Pengantin

Mandi Seri Pengantin bertujuan menaikan kemanisan wajah, keayuan, keanggunan dan keyakinan diri seseorang. Ianya bukan saja berguna pada hari persandingan malah untuk hari-hari mendatang juga. Mandian ini menggunakan berbagai jenis bunga yang terbukti mempunyai berbagai aura positif.Jenis bunga-bungaan yang digunakan adalah dipilih tepat pada tujuannya. Pengetahuan pengamal perubatan dalam khasiat sesuatu jenis bunga adalah penting sekali. Keberhasilan mandian ini sangat terserlah apatah lagi segala-nya diiringi doa kepada Allah SWT.

♦Rawatan Muka

Kami menjalankan rawatan muka mengikut kaedah konvensional menggunakan kosmetik dan peralatan moden sebagaimana yang dilakukan disalon-salon biasa. Kelainan kami ialah segala bahan-bahan saperti air,pembersih,penyegar,masker dan lain-lain dizikirkan terlebih dahulu. Begitu juga dengan urutan muka, kami lakukanya serentak dengan zikir dan doa agar diperolehi kesan yang optimum. Tidak ketinggalan rawatan kami pasti dimulai dengan pembuangan energi negatif yang menghalang kejelitaan seseorang. Manakala urutan muka di fokuskan pada point2 yang berkaitan dengan keceriaan dan kecantikan berasaskan kepada kepakaran kami dalam bidang urutan stimulaterapi dan disertai zikir-zikir tertentu. InsyaAllah anda bakal merasai kenikmatan hasil penyerahan diri pada Allah.

♦Lulur Ulek Mayang

Rawatan Lulur dijalankan dengan tujuan untuk mencerahkan kulit,membuang daki-daki lama, melembut dan melicinkan kulit, kenghilangkan bau badan dan juga parut-parut ringan.Setelah menjalani rawatan lulur seseorang hilang perasaan rimas dan berada dalam situasi yang amat selesa.

♦Masker Kartika

Fungsi masker adalah untuk mencerahkan kulit, menggebukan kulit dan menutup pori-pori yang terbuka, menegangkan kulit dan seterusnya merehatkan badan.

Dengan menjalani kesemua rawatan diatas, insyaAllah terjawablah segala persoalan rohani dan jasmani yang menyelubungi bakal-bakal pengantin. Mudah-mudahan dengan kehendak, kuasa dan keredhaaNya bakal-bakal pengantin akan menikmati kesempurnaan dan kedamaian yang abadi.

♦Rawatan Lain Berkaitan Vagina/Kemaluan

-  Rawatan mengatasi masalah vagina/ kemaluan longgar

-  Rawatan mengatasi masalah vagina/kemaluan gatal

-  Rawatan mengatasi masalah vagina/kemaluan  berbau

*KLIK UNTUK DETAIL

 

 

 

 

 

 

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com