Segala puji bagi Allah pemilik sekelian Alam serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhmmad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda.

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya serta kekuatan yang diberikan olehNya maka tertubuhlah KARTIKA BUANA, sebuah Pusat Rawatan Tradisional Islam dan Komplementari , Ruqyah Al-Syar’iyyah Berasaskan Al-Quran.

Seluruh umat islam mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan Allah SWT adalah untuk dijadikan pedoman dan panduan bagi manusia untuk kehidupan didunia maupun diakhirat.

Perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah amat berkait rapat sekali dengan aqidah serta keimanan seseorang islam khususnya aqidah kita terhadap kitab suci Al-Quran itu sendiri dan juga suatu mukjizat yang terbesar bagi Nabi Muhammad S.A.W .

Penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran saperti yang pernah ditunjukan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya dalam bidang perubatan dan penyembuhan bukanlah sesuatu yang karut atau khurafat. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT melalui firmanNya:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya :

“Dan kami turunkan Al-Quran itu penawar bagi penyakit dan Al-Quran itu merupakan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan tidaklah Allah menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian” (Al-Isra:82)

Ruqyah Al-Syar’iyyah

Kejadian alam ini pada keseluruhanya adalah untuk dimanfaati oleh manusia bukan saja sebagai makanan dan minuman tetapi juga untuk perubatan. Madu,pokok-pokok, akar kayu, bunga-bungaan dan lain-lain adalah amat berguna sekali untuk dijadikan ubat-ubatan. Kami di KARTIKA BUANA mengambil pendekatan yang komprehensif serta memanfaatkan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini dengan formulasi terhebat meruqyahkan zikir-zikir serta doa yang menjadi amalan perawat-perawat islam tersohor didunia untuk merawat berbagai penyakit fizikal/medik. Inilah yang dimaksudkan rawatan terpadu RUQYAH AL-SYAR’IYYAH. Ini selari dengan apa yang dianjurkan Rasulullah SAW agar menggunakan 2 kaedah dalam perubatan sebagaimana sabdanya :

“Hendaklah kamu menggunakan 2 penawar yakni madu dan al-quran” HR Ibn Majah

Selain dari itu Rasulullah SAW juga pernah menggunakan air dan garam dalam rawatan gigitan kala jengking.

Semuga kehadiran kami kedunia Perubatan Tradisional Islam ini dapat memeriahkan lagi persada Perubatan Tradisional Islam dan seterusnya mengagungkan kebesaran Al-Quran itu sendiri.
Sesungguhnya jika Al-Quran itu diturunkan keatas bukit nescaya bukit akan hancur kerana tunduk pada kebesaran Allah SWT Penciptanya yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa dan apabila diturunkan kepada orang sakit dengan izinNya sakit itu akan sembuh.

WALLAHU’ALLAM

 


4 Responses so far.

  1. Dah tiga jam cari… jumpa akhirnya … terima kasih atas maklumat yang amat berguna nie… saya terhutang budi dengan blog ni..

  2. Kawan saya rekemen blog nie … katanya artikel walaupun agak simple.. tapi penuh dengan info.. tahniah..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com