SIHIR

Sihir terjadi adalah angkara kerakusan dan dengki khianat sesama manusia. Perbuatan sihir ini begitu mudah dilakukan apabila manusia bersedia untuk bersekongkol dengan syaitan yang sememangnya sentiasa inginkan manusia bermusuhan  sesama sendiri sebagaimana yang telah dijelaskan dibahagian terdahulu. Ada pun kesan yang bakal berlaku akibat sihir ini adalah amat merbahaya sekali keatas orang yang terkena sihir. Ianya boleh merubah kehidupan seseorang, menghancurkan rumahtangga seseorang serta juga memecahbelahkan kerukunan keluarga. Gejala ini sekarang amat berleluasa sekali dan masyarakat perlulah mengambil berat sekurangnya mengenal gejala ini dan dapat membezakan antara penyakit sihir dan penyakit klinikal. Gangguan sihir boleh terjadi kepada sesiapa sahaja samada lelaki atau wanita, kanak-kanak maupun orang dewasa.

Kekuatan dan keberkesanan sihir yang dilakukan oleh tukang sihir itu adalah bergantung kepada tahap kekufuran dan penderhakaan tukang sihir itu sendiri kepada Allah SWT, tapi dalam hal ini manusia melihat sebaliknya. Manusia sering melihat ini sebagai satu kehebatan .
Tukang sihir menggunakan berbagai kaedah untuk merapatkan diri mereka dengan syaitan. antaranya pengunaan ayat Al-Quran secara songsang, menulis ayat-ayat Al-Quran menggunakan darah haid atau benda-benda kotor dan banyak lagi.

Tidak ada pilihan lain dalam merawat sihir ini. Perubatan islam adalah satu-satu nya pilihan untuk merawat dan mengatasi sihir.

JENIS-JENIS SIHIR

Sihir pemisah atau perceraian

Sihir pemisah adalah sihir yang dilakukan dengan tujuan memutuskan hubungan seseorang individu dengan individu yang lain. Sihir jenis ini terlalu popular berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Golongan wanita selalunya menjadi mangsa sihir ini. Adalah dinasihatkan kepada anda agar perihatin dengan perubahan yang berlaku pada diri sendiri dan juga pasangan anda.Kalau tidak ditangani seawal mungkin ianya bakal memberikan kesan yang buruk, mengganggu kehidupan serta rumahtangga kita dan seterusnya meruntuhkan institusi keluarga kita yang disayangi. Keadaan menjadi teruk sekiranya tidak ditangani dari awal kerana kebanyakan orang yang terkena sihir sukar untuk mempercayainya dan enggan dirawat. Ini semua adalah fitnah syaitan laknatullah. Mereka begitu petah bercakap dan berdebat, enggan menerima kenyataan dan sering menyalahkan orang lain dalam banyak hal. Maka huruharalah keharmonian keluarga dan bertepuk tanganlah orang ketiga menunggu kehancuran rumahtangga kita.

Sasaran sihir ini kepada golongan berikut:-

i.     Suami dan isteri
ii.    Ibubapa dan anak
iii.   Mentua dan menantu
iv.   Rakan kongsi perniagaan dan lain-lain.

Tanda-tanda sihir pemisah

Berikut adalah beberapa tanda tanda akibat terkena sihir pemisah. Sayugia diingatkan juga tanda tanda ini juga boleh berlaku keatas sihir yang lain.

i.    Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
ii.   Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
iii.  Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami
atau isteri begitu buruk dan hodoh
iv.   Masing-masing suka menegakan benang basah dan tidak mahu mengalah

v.    Tiada mood atau minat untuk bersama/melakukan hubungan seks

vi.   Sakit ketika melakukan hubungan seks terutamanya ketika mencapai klimaks

vii.  Sakit tulang kipas atau dibawah tulang kipas

viii. Sakit betis terutamanya betis sebelah kiri

ix.   Sakit bahagian bawah punggung

x.     Sakit kepala berterusan. Pengambilan ubat penahan sakit juga tidak berkesan

xi.    Sakit belakang

Adapun tanda-tanda diatas diatas ( vi hingga xi ) adalah juga menyerupai sakit klinikal. Sebenarnya ia adalah SIMPTON kepada permasalahan organ utama saperti jantung, paru-paru, usus besar, usus kecil, pundi kencing dan juga buah pinggang. Titik-titik sakit yang dialami dibahagian tersebut merupakan laluan (connectivity point) kepada organ-organ berkaitan. Justeru “laluan” yang berkaitan hendaklah dipulihkan semula melalui kaedah urutan. Pengambilan ubat penahan sakit (pain killer) tidak dapat menyelesaikan masalah malah makin memburukan keadaan. Apabila seseorang mengambil pain killer sakit yang dihidapi akan hilang namun organ yang berkaitan akan kekal bermasalah. Ini bermakna dalam apa keadaan pun saluran berkaitan perlu distimulasikan melalui kaedah urutan. Oleh hal yang demikian sekiranya seseorang itu memerlukan rawatan secara total inilah satu-satunya kaedah yang berkesan.

Melalui pengalaman kami ketika melakukan urutan keatas pesakit gangguan jin, sihir dan lain-lain yang berkaitan, point-point yang berkenaan memberikan tindakbalas apabila diusik ( ada ketika ketawa,ada ketika menangis, ada ketika berlawan cakap dll). Ini membuktikan bahawa makhluk halus juga berperanan memberikan masalah kepada organ-organ utama tubuh manusia. Justeru adalah diharapkan agar masyarakat dapat memahami permasalah ini dengan jelas. Dapatkan lah rawatan dengan perawat yang berpengetahuan dalam bidang meridian dan anatomy tubuh badan manusia dan pada masa yang sama boleh mengenyahkan makhluk laknatullah ini dengan kaedah yang tidak menyalahi Syarie.

SILA LIHAT URUTAN STIMULATERAPI

Sihir pengasih

Sihir jenis ini juga dipanggil “guna-guna” yang mana ianya digunakan bertujuan untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang seseorang. Cabang kepada sihir pengasih ini adalah dikenali sebagai “sihir penunduk” bertujuan menundukan seseorang supaya tidak membantah sebarang percakapan dan kehendak mereka.

Orang-orang yang terkena sihir ini sukar untuk menyedari dirinya disihir yang akhirnya membawa kebinasaan kepada dirinya sendiri. Ini boleh berlaku kerana kebanyakan sihir begini menggunakan benda-benda kotor yang dipuja dan dimasukan kedalam makanan mangsa. Akhirnya mangsa jatuh sakit dan boleh membawa maut jika diizinkan Allah. Dengan demikian janganlah sekalikali  menagih kasih sayang melalui sihir. Ia akhirnya akan menyusahkan dan merugikan diri sendiri.

Tanda-tanda sihir pengasih

i.     Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
ii.    Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
iii.   Kuat berkhayal tentang adegan seks
iv.   Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks.

Sihir menghadirkan penyakit

Sihir menghadirkan penyakit ini diperlakukan dengan tujuan untuk membuat saeseorang itu jatuh sakit samada pada anggota badan, otak atau pancaindera yang lain

Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit

i.    Cakap merapu
ii.   Fikiran bingung
iii.  Sentiasa resah gelisah
iv.  Tidak menjaga kebersihan diri
v.   Gemar bersendirian
vi.  Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
vii. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental

viii.Gangguan fikiran

Sihir pendarahan

Sihir ini terjadi keatas wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Adalah dinasihatkan agar tidak dibiarkan keadaan ini berterusan , dapatkanlah rawatan doctor, sekiranya tiada apa-apa perubahan berjumpalah dengan pengamal perubatan islam. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit.

Jenis Sihir Yang Lain

Selain daripada jenis sihir yang disebutkan diatas ada lagi beberapa jenis sihir lain yang dinamakan oleh masyarakat namun fungsinya adalah tiada banyak perbezaan antara satu sama lain. Apa yang perlu ialah mengenal dan membezakan antara penyakit klinikal atau penyakit akibat sihir. Sekiranya kita ragu-ragu maka hendaklah menemui pengamal perubatan islam yang diyakini untuk mendapatkan kepastian. Sihir-sihir lain yang dimaksudkan ialah:-

-  sihir cinta

-  sihir orang asli

-  sihir orang sakai

-  sihir orang siam  dll

Baca lagi:

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    NO. 7-1A, Jlan Taman Dato Senu
    51000 Sentul, Kuala Lumpur
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)

    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com
    kartika_info@yahoo.com