SPA Islam

Kami menyediakan SPA Islam, SPA Ruqyah Al-Syar’iyyah/ SPA muslimah ini semata-mata menyediakan kemudahan kepada muslimah untuk mendapatkan rawatan yang tidak bercanggah dengan hukum syarie. Teras rawatan kami adalah penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui kaedah pengaliran gelombang energi positif yang terdapat pada bahan-bahan mandian saperti bunga, limau dll bahan alami.

Lebih penting, sebelum sebarang rawatan dilakukan segala unsur-unsur negatif yang ada didalam badan seseorang pelanggan akan dibersihkan terlebih dahulu bagi memastikan rawatan yang dijalankan tidak menjadi sia-sia. Boleh dikatakan hampir kesemua rawatan yang terdapat di- SPA biasa juga terdapat di SPA kami ( sebahagiannya tidak disenaraikan disini) yang memberikan kelainan dari segi kaedah rawatan nya.

Secara amnya rawatan kami adalah tertumpu kepada:-

- Pembersihan segala unsur negatif samada ianya berupa yang zahir maupun yang ghaib

- Mengalirkan gelombang positif  agar  kecantikan dan keceriaan terpancar diraut wajah serta seluruh tubuh)

- Mengalirkan gelombang positif dalam bentuk keyakinan diri, kewibawaan dan karisma

- Memikat dan menarik minat pasangan untuk sentiasa berdampingan

- Menarik minat awam untuk berdampingan dan berurusan .

- Berkeyakinan tinggi dalam menjalankan sesuatu urusan

Segala olahan yang kami adakan adalah amat eksklusif dan tidak mampu dilakarkan disini. Anda disarankan menghubungi kami untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan  kami amat pasti anda tidak menemui nya dimana mana.

RAWATAN MANDIAN

Rawatan mandian merupakan rawatan penyucian atau pun pembersihan rohani maupun jasmani. Segala unsur-unsur negatif didalam badan akan dibersihkan. Terdapat juga kes dimana penyakit-penyakit dalaman yang tidak disedari keluar dengan kaedah mandian.

Seharusnya mandian ini dijadikan rutin kerana ianya menghasilkan  begitu banyak manfaat antaranya:

-   Menyihatkan tubuh badan secara keseluruhan

-   Fikiran lebih tenang dan fokus

-   Terhindar dari risiko gangguan makhluk halus

-   Disenangi kawan serta rakan taulan

-   Lebih fokus pada kerjaya dan pelajaran

-   Meningkatkan keyakinan diri

-   Hubungan suami isteri lebih intim

-   Lebih rajin bekerja dan beribadat

-   Menstabilkan suhu badan

 

Jenis-jenis Mandian Yang Kami Tawarkan

*Mandi saiyidina

Mandian ini adalah ibu pada segala rawatan. Ianya mencakupi proses penyucian jasmiah dan rohaniah. Sebahagian besar ilmuan samada dalam bidang keilmuan Islam maupun dalam bidang sains kesihatan menerima hakikat bahawa kesihatan seseorang itu berkait rapat dengan hati dan rohani. Justeru sehandal mana seseorang ahli perubatan itu pun, melalui kepakaran teknologi,mereka tidak akan mampu merawat ibu penyakit yang ada pada manusia yakni hati dan rohani. Penyakit ini hanya boleh dirawat dengan menguatkan ketahanan rasa bersandar pada Allah, berhukum dengan hukumnya, tunduk dan pasrah denganNya pencipta Alam semesta.

Dalam kontek rawatan mandi saiyidina ini kaedah dan pendekatan kami adalah semata-mata menjurus kepada penterjemahan ” Kunci Perubatan” yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Mandian ini mempunyai terlalu banyah khasiat. Pada ketika inilah kita bermohon kepada Allah SWT akan apa sahaja hajat yang kita perlukan misalnya:-

- Memohon keampunan

- Memohon dibersihkan diri dari sebarang gangguan makhluk halus

- Memohon dianugerahkan keluarga bahagia

- Memohon dibersihkan diri dari segala penyakit rohani dan jasmani, yang diketahui dan tidak diketahui

- Memohon kekuatan melayari kehidupan dan berbagai lagi

Pada sessi rawatan ini jugalah melalui teknik olahan batin, kita bakal ketahui permasalahan luaran dan dalaman yang mungkin menjurus kepada sebarang permasalahan dalam kehidupan.

Anda bakal merasai satu ketenangan dan keceriaan yang luar biasa satelah menjalani mandian ini.InsyAllah.

*Mandi Bunga

Terdapat berbagai jenis rawatan yang kami sediakan untuk anda didalam kategori MANDI BUNGA ini, antaranya ialah:

- Mandi bunga untuk seri wajah

- Mandi bunga untuk penyucian dalaman/jiwa

- Mandi bunga untuk bakal pengantin

- Mandi bunga untuk menghadiri temuduga

- Mandi bunga untuk peperiksaan

-Mandi bunga untuk “presentation” dll

*Mandi Limau

Mandi limau dilakukan adalah tertumpu kepada pembuangan penyakit dan juga berkaitan gangguan makhluk halus.

*Mandi Garam

Mandi bertujuan membersihkan diri dari sebarang gangguan makhluk halus

Mandi *Lulur

Rawatan mandi lulur ini juga merupakan penggabungan ruqyah ayat-ayat Al-Quran keatas produk. InsyaAllah dengan kaedah terkini disertai pengisian zikir anda akan merasai kelainan berbanding dengan rawatan konvensional yang pernah anda lalui.


 

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com