TERAPI MUDAH JODOH

Jodoh seseorang adalah hak Allah SWT. Namun kita tidak semesti berpeluk tubuh menunggu jodoh. Syaitan juga bertugas menyekat jodoh seseorang. Golongan ini amat benci kepada penyatuan, perkahwinan dan kelahiran (yang halal). Disini lah peranan kami untuk memastikan seseorang tidak terhalang jodohnya akibat daripada permainan syaitan ini samada ianya dilakukan atas arahan manusia (sihir) maupun secara kebetulan (tempias).

Terlalu banyak sifat-sifat negatif yang ada pada manusia yang menghalang minat orang lain untuk dijadikan pasangan. Antaranya:-

– Sifat kasar dan cepat marah

– Sifat suka menegak benang basah

– Sifat berpura-pura (hipokrit)

– Sifat mudah jemu

– Sifat tidak berterus terang

– Sifat memandang kebendaan dan banyak lagi.

Sifat-sifat diatas adalah sifat yang tidak baik dan ditegah dalam islam. Sifat-sifat begini adalah juga tergolong dalam tipudaya syaitan. Ianya nampak remeh tetapi percayalah bahawa sifat diatas menyumbang kepada berbagai kegagalan. Selain daripada kita sendiri perlu merubahnya, kita juga perlu mencari mekanisma lain mengatasinya. Disinilah peranan kami sebagai pengamal perubatan. Kita perlu hapuskan kejahatan makhluk laknatullah ini.

Kaedah kami adalah mengenyahkan makhluk ini daripada membelenggu diri kita dan seterusnya memohon kepada Allah menurut lunas-lunas syarie agar seseorang individu dipertemukan jodoh yang bersesuaian dan baik-baik serta dirahmati Allah. Anda juga tidak akan rugi menjalani terapi ini kerana selain daripada permasalahan jodoh, terapi ini juga memberikan banyak manfaat kepada kesihatan dan keterampilan anda.

 


 

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com