Terapi Ruqyah Untuk Kecantikan Dan Kecemerlangan

Ayat-ayat suci Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT untuk dimanfaatkan oleh hambaNya dengan sebaik mungkin asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Ianya wajib dijadikan pedoman hidup manusia.

Ianya juga diturunkan sebagai penawar berbagai penyakit. Jika diamalkan secara istiqomah pengamalnya boleh menjadi seorang yang pintar, berketerampilan maupun berkarisma.InsyaAllah.

Kemodenan teknologi dalam bidang sains kesihatan dan sains kecantikan menghasilkan berbagai produk sebagaimana yang kita dapati dipasaran. Namun lebih dari itu sumber alam yang dianugerahi Allah SWT saperti air, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan akan mempunyai nilai tambah yang amat tinggi sekiranya diisikan/ diruqyah dengan ayat-ayat suci Al-Quran malah ianya lebih sempurna, lengkap dan diberkati.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِهُدًىوَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Tuhan kamu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit ( yang berada ) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Yunus:57)

Dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kami serta dengan izin dan rahmatNya, kami hidangkan beberapa jenis terapi untuk dimanfaati oleh masyarakat Malaysia yang kami kasihi. InsyaAllah

TERAPI PUTERI MAYANG SARI

Terapi Puteri Mayang Sari adalah satu olahan eksklusif untuk menampilkan diri seseorang wanita agar lebih menarik, memikat dan berwibawa. Empunya diri akan terpancar dengan aura yang sangat indah dan menawan, awet muda dan berkeyakinan tinggi. Terapi ini amat sesuai kepada bakal-bakal pengantin yang bakal melangkah kegerbang perkahwinan. Ianya juga menjadi pengikat kasih sayang suami isteri.

TERAPI/AKUPUNTUR NUR ILLAHI

Kecanggihan teknologi moden dalam bidang kecantikan serta pemakanan jamu dan vitamin belum dapat memenuhi keperluan pada raut wajah dan tubuh badan yang betul-betul menawan, yang punya sinar cahaya memegun mata memandang. Bagi kami baik dalam bidang kesihatan maupun kecantikan, urusan kita tidak akan selesai tanpa doa kepadaNya.

Melalui kaedah olahan bathin tingkat tinggi, pengisian gelombang potensi energi Illahiah (dari ayat yang dipetik dari Surah Al-Ra’du) dialirkan dan seterusnya mengaktifkan simpul bathin, raut wajah anda akan nampak bercahaya, berkarisma, berwibawa dan berkeyakinan tinggi.

Terapi ini sesuai untuk semua, para isteri, wanita dan lelaki berkerjaya, para pemimpin, ahli perniagaan maupun para majikan. Bagi kaum wanita khususnya boleh memulihkan dan mengeratkan kasih sayang suami.Begitu jugalah sebaliknya.

Anda tidak perlu memakai susuk yang ditegah agama untuk kelihatan cantik.

Bagi kaum wanita terapi ini tidak hanya terbatas pada bahagian wajah sahaja, ianya  boleh dilakukan pada payudara dan juga vagina, anda bakal merasai satu kelainan yang luarbiasa.

Kami mendapat maklumbalas yang amat positif daripada pelanggan-pelanggan yang menjalani rawatan ini. Alhamdulillah.

TERAPI AURA BUNGA

Terapi aura bunga ini adalah satu kaedah dimana proses pengisian / pemindahan aura positif bunga-bungaan dilakukan secara batiniah kepada raut wajah maupun badan seseorang. Bunga-bungaan mempunyai pelabagai aura/energy positif saperti cantik, manis, berseri, keyakinan dan banyak lagi. Ianya berbeza antara satu bunga dengan bunga yang lain,dan pengetahuan ini amat berguna dalam rawatan untuk menghasilkan kesan maksimum. Dengan pemindahan ini raut wajah anda akan kelihatan bercahaya, berseri-seri dan tidak jemu mata memandang.

TERAPI MUDAHKAN JODOH

Jodoh seseorang adalah hak Allah SWT. Namun kita tidak semesti berpeluk tubuh menunggu jodoh. Syaitan juga bertugas menyekat jodoh seseorang. Golongan ini amat benci kepada penyatuan, perkahwinan dan kelahiran (yang halal). Disini lah peranan kami untuk memastikan seseorang tidak terhalang jodohnya akibat daripada permainan syaitan ini samada ianya dilakukan atas arahan manusia (sihir) maupun secara kebetulan (tempias).

Terlalu banyak sifat-sifat negatif yang ada pada manusia yang menghalang minat orang lain untuk dijadikan pasangan. Antaranya:-

- Sifat kasar dan cepat marah

- Sifat suka menegak benang basah

- Sifat berpura-pura (hipokrit)

- Sifat mudah jemu

- Sifat tidak berterus terang

- Sifat memandang kebendaan dan banyak lagi.

Sifat-sifat diatas adalah sifat yang tidak baik dan ditegah dalam islam. Sifat-sifat begini adalah juga tergolong dalam tipudaya syaitan. Ianya nampak remeh tetapi percayalah bahawa sifat diatas menyumbang kepada berbagai kegagalan. Selain daripada kita sendiri perlu merubahnya, kita juga perlu mencari mekanisma lain mengatasinya. Disinilah peranan kami sebagai pengamal perubatan. Kita perlu hapuskan kejahatan makhluk laknatullah ini.

Kaedah kami adalah mengenyahkan makhluk ini daripada membelenggu diri kita dan seterusnya memohon kepada Allah menurut lunas-lunas syarie agar seseorang individu dipertemukan jodoh yang bersesuaian dan baik-baik serta dirahmati Allah. Anda juga tidak akan rugi menjalani terapi ini kerana selain daripada permasalahan jodoh, terapi ini juga memberikan banyak manfaat kepada kesihatan dan keterampilan anda.

TERAPI SUBURKAN KANDUNGAN

Syaitan juga bencikan kelahiran.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“Tidak ada manusia yang dilahirkan melainkan dicucuk oleh syaitan. Tetapi bayi itu akan lebih mudah menjerit (menangis) disebabkan cucukanya itu. Semuanya didatangi syaitan kecuali Maryam dan anaknya”
Terapi suburkan kandungan ini juga merupakan usaha ikhtiar kami memohon kepada Allah SWT agar dianugerahkan cahayamata.Kaedah urutan juga dilakukan jika perlu.

TERAPI KEMANTAPAN VAGINA DAN URUT BATIN

Terapi ini adalah gabungan kepakaran tradisonal turun temurun yang diwarisi oleh pengamal. Ianya bermula dengan urutan seluruh badan, disusuli dengan urutan khusus dibahagian organ intim. Wanita yang sudah berkahwin khususnya terdedah kepada risiko ” lari allignment atau jatuh peranakan”, terutamanya kepada mereka yang terlalu banyak pergerakan,kerja kuat serta tidak menjaga diri sewaktu lepas bersalin sehingga bahagian dalaman terasa sakit terutamanya ketika “bersama”. Urutan batin wanita memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi.

Rawatan seterusnya ialah mandian pembersihan energi negatif yang berkemungkinan mengganggu pasangan ketika melakukan hubungan intim.Selain dari itu masalah-masalah yang berkaitan dengan organ intim saperti keputihan,gatal-gatal, becak, berbau dan lain-lain akan dikenal pasti dan diatasi.Jangan diabaikan masalah ini, ia bakal mendatangkan pelbagai masalah….masalah kemurungan, tiada keyakinan diri, takut serta hilang ketenangan. Ianya juga bakal menjadi punca utama kearah kecurangan pasangan dan penglibatan orang ketiga. Sesungguhnya kami amat takut dan sedih dengan femomena ini….begitu berleluasa sekali.

Rawatan diakhiri dengan doa serta pengisian potensi energi Ilahiah menggunakan olahan batin peringkat tinggi agar kehebatan asal organ intim dikembalikan bahkan diperkuatkan lagi. Ini adalah urusan doa kepada Allah SWT dan anda tidak akan memperolehinya melalui pemakanan jamu, vitamin maupun sapuan-sapuan yang berlambak dipasaran. Kesannya begitu ketara sekali,organ intim akan terasa berdenyut-denyut untuk digauli, tenaga kemutan lebih berdaya sekali gus mengembalikan nostalgia kenikmatan yang pernah dirasai diawal perkahwinan dan menarik kembali fokus, kasihsayang pasangan sekaligus menyuburkan kembali keharmonian rumahtangga.

TERAPI PEMULIHANTENAGA BATIN UTK LELAKI 

Masalah lemah tenaga batin bukan hanya berpunca daripada urat saraf yang memerlukan urutan. Terdapat banyak kes dimana seseorang lelaki itu gagah dan bersemangat diluar tapi layu dirumah. Adakalanya seseorang lelaki itu teransang hanya dengan melihat wanita seksi,berdahi licin, gebu dan cantik molek namun dirumah terkulai layu…mengapa ini terjadi?Ini adalah permainan dan hasutan syaitan yang tidak sukakan manusia hidup bahagia dan diredhai Allah. Tidak kurang juga ramai manusia yang gemarkan situasi ini terjadi pada orang lain lantas dikerjakanya dengan bantuan ahli sihir.

Ada beberapa tanda yang menunjukan seseorang lelaki itu terkena gangguan sebegini:-

- Rasa berdebar-debar ketika hendak memulakan hubungan seks

- Hilang fokus pada pasangan (isteri)

- Fikiran terganggu dengan masalah kehidupan saperti kerjaya, hutang piutang dan lain-lain        (ketika ingin berjimak ) secara tiba-tiba

- Rasa saperti ada gigitan pada kepala zakar

- Badan terasa lesu,letih dan mengantuk,tidak melahirkan keinginan utk melakukan hubungan seks

- Pancutan mani yang tak bermaya dan terlalu sedikit

Bila keadaan-keadaan diatas terusan berlaku ianya menyumbang kepada hilangnya keyakinan diri,justeru mencetus suasana yang suram, kusut dan tidak harmonis .

Rawatlah diri anda bila berhadapan dengan situasi sebegini. Jangan dibiarkan terlalu lama. Kami juga mempunyai beberapa kaedah mengatasinya. InsyaAllah.

TERAPI PELARISAN PERNIAGAAN

Urusan rezeki adalah hak mutlak Allah SWT. Hanya dengan kehendaknya sahaja kita diperolehkan rezeki. Namun usaha dan ikhtiar adalah tugas manusia.Setelah berusaha dan berikhtiar maka susuli lah pula dengan doa kepadaNya. Kita wajib memohon kepadaNya agar dianugerahkan apa yang kita ikhtiarkan. Dalam hubungan doa ini ada beberapa kaedah yang dianjurkan didalam islam. Kami mengambil kesempatan ini untuk sama memberikan khidmat kepada masyarakat memohon kepada Allah keatas apa yang dihajatkan menggunakan kaedah yang merangkumi beberapa aspek termasuk pembuangan energi negatif yang tidak diredhai Allah yang mengganggu kelancaran urusan pencarian rezeki atau perniagaan.

TERAPI PEMBERSIHAN DAN PEMAGARAN RUMAH, PEJABAT, RUANGNIAGA DAN KEBUN

Hari ini selalu kita temui kedai-kedai dan pejabat yang terganggu aktibitinya akibat gangguan makhluk halus berpunca dari dengki khianat manusia. Akibatnya seseorang itu menjadi malas, takut, kepanasan dan lain-lain untuk berada dipejabat atau pun dikedai. Perniagaan tak laku dan kesihatan pula terganggu, hubungan sesama pekerja huruhara dan banyak lagi. Keadaan sebegini tidak boleh dibiarkan dan perlu dipulihkan. Lakukanlah pemulihan dikediaman kita, dipejabat atau pun ruang niaga kita agarkehidupan kita berjalan dengan lancar. Ingatlah makhluk jahat ini tidak akan berhenti menghianati manusia. Kami bersedia membantu. InsyaAllah.

TERAPI PAYUDARA

Semua wanita mengidamkan payudara yang indah, cantik, kencang dan montok. Lebih dari itu wanita juga memerlukan sensitivi payudara sentiasa berada pada tahap yang maksima dan dikekalkan. Para suami pula memang mendamba seorang isteri yang mempunyai payudara yang indah dan menawan. Namun bagaimana kita merealisasikan impian ini?

Pengalaman Dr Normah dalam bidang rawatan kecantikan tradisional ( Jamu dan kometik tradisional Indonesia ) sejak 1985 memberi banyak kelebihan kepada beliau dalam menjalankan rawatan ini. Dengan mengekalkan teknik konvensional dalam rawatan ini, ditambah dengan doa dan pengaliran potensi Energi Ilahiah, sensiviti sebenar yang harus ada pada payudara dikembalikan.

TERAPI PEMULIHAN KASIH SAYANG

Akibat campurtangan dan dengki khianat pihak ketiga, melalui sihir tertentu, hubungan suami isteri, rakan taulan, saudara mara, adik beradik menjadi renggang dan huruhara. Kita hendaklah berusaha mengatasinya.

Kami tidak dapat gariskan disini kaedah terapi ini kerana punca keretakan kasihsayang adalah berbeza-beza dan perlu dikenalpasti terlebih dahulu.

Anda dialu-alukan untuk menemui kami dan berikhtiar mengatasinya. InsyaAllah dengan izinNya kita dianugerahkan kehidupan yang aman dan tenteram.

TERAPI PENYUBURAN MINAT

Minat, fokus serta keinginan kita akan terhakis dek mainan jin, syaitan dan iblis. Makhluk ini akan sentiasa mengheret kita kejalan negatif. Selalunya perkara ini berlaku tanpa kita sedari yang lama kelamaan akan menghancurkan keseluruhan kehidupan manusia, lebih ketara lagi kita bangga dengan apa yang berlaku keatas diri kita. Apa tidaknya perbuatan kita yang dipengaruhi syaitan itu adalah sesuatu yang menyeronokan. Namun keseronokan itu pasti akan berakhir dengan kehancuran pada diri kita sendiri serta juga institusi keluarga kita. Untuk itu kami gariskan disini beberapa bentuk ‘minat’ yang perlu dipupuk dan disuburkan:-

-Untuk anak-anak yang malas sekolah. Lihatlah malas itu sebagai satu “penyakit” bukanya perangai.

-Untuk pekerjaan yang halal.

-Untuk pergaulan yang berfaedah

TERAPI PEMBUANGAN SUSUK

Memakai susuk adalah ditegah sama sekali dalam islam. Umum mengetahui tujuan memakai susuk adalah untuk kelihatan cantik dan menawan. Terdapat berbagai jenis susuk yang popular dinegara kita saperti susuk emas, susuk berlian dan lain-lain lagi. Sekali imbas ianya saperti tidak memberikan apa-apa kesan negatif kepada pemakai, bahkan sipemakai boleh berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri mereka kerana sering dipuji. Namun pada jangka panjang keadaan sebaliknya berlaku. Raut wajah akan kelihatan berbeza-beza malah menakutkan. Keadaan emosi sipemakai juga berubah. Akhirnya mereka rasa terbeban dengan susuk yang ada pada mereka.Muka mereka terasa berat, emosi tak tenteram. Mereka juga dilihat amat menakutkan.Semua ini adalah tipu daya syaitan.

Kami ingin menyarankan agar masyarakat kita yang sayangkan diri sendiri dan takut kepada balasan Allah, kembali kejalan yang diredhai. Buanglah perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan syariat islam. Dalam islam ada banyak kaedah untuk kelihatan cantik malah diredhai.Kunjungilah kami untuk mengatasi masaalah ini.

 


  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com