Terapi/Rawatan Mandian

Rawatan mandian merupakan rawatan penyucian atau pun pembersihan rohani maupun jasmani. Segala unsur-unsur negatif didalam badan akan dibersihkan. Terdapat juga kes dimana penyakit-penyakit dalaman yang tidak disedari keluar dengan kaedah mandian.

Seharusnya mandian ini dijadikan rutin kerana ianya menghasilkan  begitu banyak manfaat antaranya:
-   Menyihatkan tubuh badan

-   Fikiran lebih tenang dan fokus
-   Terhindar dari risiko gangguan makhluk halus
-   Disenangi kawan serta rakan taulan
-   Lebih fokus pada kerjaya dan pelajaran
-   Meningkatkan keyakinan diri
-   Hubungan suami isteri lebih intim
-   Lebih rajin bekerja dan beribadat
-   Menstabilkan suhu badan

Jenis-jenis Mandian Yang Kami Tawarkan

Mandi saiyidina

Mandian ini adalah ibu pada segala rawatan. Ianya mencakupi proses penyucian jasmiah dan rohaniah. Sebahagian besar ilmuan samada dalam bidang keilmuan Islam maupun dalam bidang sains kesihatan menerima hakikat bahawa kesihatan seseorang itu berkait rapat dengan hati dan rohani. Justeru sehandal mana seseorang ahli perubatan itu pun, melalui kepakaran teknologi,mereka tidak akan mampu merawat ibu penyakit yang ada pada manusia yakni hati dan rohani. Penyakit ini hanya boleh dirawat dengan menguatkan ketahanan rasa bersandar pada Allah, berhukum dengan hukumnya, tunduk dan pasrah denganNya pencipta Alam semesta.

Dalam kontek rawatan mandi saiyidina ini kaedah dan pendekatan kami adalah semata-mata menjurus kepada penterjemahan ” Kunci Perubatan” yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Mandian ini mempunyai terlalu banyah khasiat. Pada ketika inilah kita bermohon kepada Allah SWT akan apa sahaja hajat yang kita perlukan misalnya:-

- Memohon keampunan

- Memohon dibersihkan diri dari sebarang gangguan makhluk halus

- Memohon dianugerahkan keluarga bahagia

- Memohon dibersihkan diri dari segala penyakit rohani dan jasmani, yang diketahui dan tidak diketahui

- Memohon kekuatan melayari kehidupan dan berbagai lagi

Pada sessi rawatan ini jugalah melalui teknik olahan batin, kita bakal ketahui permasalahan luaran dan dalaman yang mungkin menjurus kepada sebarang permasalahan dalam kehidupan.

Anda bakal merasai satu ketenangan dan keceriaan yang luar biasa satelah menjalani mandian ini.InsyAllah.

♦Mandi Bunga

♦Mandi Limau

♦Mandi Garam

 

 


  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com