Urutan Minda

URUTAN MINDA

Sebelum kita melihat dengan lebih terperinci  mengenai subjek urutan minda ini marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kita kehadrat Allah SWT kerana kita dilahirkan sebagai seorang islam. Ini adalah kerana rawatan/terapi urutan minda  yang bakal kami ketengahkan ini adalah berkaitan dengan kecemerlangan seseorang individu yang beragama islam yang diidamkan semua.

Kita inginkan anak kita menjadi seorang anak bijak, pintar, rajin dan cerdas. Demi anak kita sanggup membeli vitamin serta food supplement, demi anak kita juga berkorban menghantar anak anak ke kelas-kelas tusyen serta motivasi. Semua tindakan yang kita lakukan ini adalah baik belaka. Namun kami ingin mengajak anda melihat persoalan ini dengan lebih menyeluruh. Baca lah dengan teliti.

APAKAH CIRI-CIRI KECEMERLANGAN SEORANG INDIVIDU ?

-  Kecerdasan rohani

-  Mempunyai harga diri dan kewibawaan yang tinggi

-  Berkemampuan menghayati tujuan hidup dengan jelas dan tepat

-  Mempunyai kecerdasan dan kemahiran emosi

-  Sentiasa proaktif dan cepat dalam tindakan

-  Mempunyai sifat ‘mengasihi’ dan ‘memberi’

-  Sentiasa terbaik dalam urusan

-  Terus menerus belajar ( daripada perlakuan harian,pergaulan maupun mendalami  ilmu secara formal)

-  Mempunyai tahap disiplin dan motivasi yang tinggi dan berterusan tanpa ada sedikit pun sifat-sifat kecewa dan putus asa.

-  Sentiasa ada peningkatan dalam kehidupan.

-  Mampu membuat keputusan dengan tepat dan cepat

Justeru, apa-apa sifat yang berlawanan dengan ciri-ciri diatas adalah merupakan ciri-ciri negatif  dan lebih dari itu ianya adalah satu penyakit dan kalau kita melihat dari sudut islam pula secara kesimpulanya ianya bermula dengan *hati .

* Akan dihuraikan diakhir penulisan ini.

Kita tentunya mahukan diri kita sendiri lebih-lebih lagi anak-anak kita mempunyai ciri-ciri tersebut diatas. Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai, pastinya banyak pertembungan berlaku didalam diri kita sendiri maupun anak kita. Pertembungan budaya, keinginan dan lain-lain bakal menjadi penghalang besar. Walau bagaimanapun kita wajib berusaha kearahnya. Usaha yang dapat kami sumbangkan ialah melalui kaedah urutan stimulaterapi berteraskan islam sebagai rujukan dan pedoman.

APAKAH ITU URUTAN MINDA (STIMULATERAPI)

Urutan minda adalah satu kaedah urutan bertujuan mengatasi masalah kekurangan bekalan oksijen didalam darah (Low Oxygen Capacity in Blood) yang secara langsung memberikan kesan ketara pada kecerdasan otak, yakni apabila bekalan oksigen didalam darah tidak mencukupi, otak juga mengalami kekurangan bekalan.  Kajian mendapati antara 10%-15% kanak-kanak mengalami masalah LOCB ini mempunyai simptom berikut:

-Pergerakan yang lambat (malas)

-Suka memandang keluar tingkap atau pintu yang terbuka

-Tidak memberi tumpuan pada guru dan pelajaran                       }

-Berdengung ditelinga                                                                            }  *Hilang ‘listening power’

-Pendengaran kurang                                                                             }

-Pening-pening dan dahaga diwaktu malam

-Degil dan keras kepala

-Memprotes dari dalam

*Listening power adalah tools yang amat penting dalam pembelajaran serta kehidupan.

Untuk mengatasi masalah LOCB ini urutan adalah tertumpu pada saluran jantung . Saluran tenaga hayat bagi jantung adalah amat penting dalam mempengaruhi  ingatan dan tingkah laku kanak-kanak. Ini adalah kerana ‘connectivity’ jantung adalah otak, dimana otak penting dalam mengawal keseluruhan fungsi organ yang lain terutama  daya ingatan, sistem penilaian,sistem metabolisma tubuh, mental activity dan sistem saraf. Allah SWT menjadikan makhluk dimuka bumi ini adalah berpasangan justeru jantung juga tidak terkecuali daripada mempunyai pasangan. Pasangan bagi jantung adalah usus kecil. Justeru dalam urutan stimulaterapi saluran usus kecil juga perlu dirangsang  agar berfungsi sebagai penyerap zat makanan dan air yang cergas dan berkesan.

BOLEHKAH KECERDASAN OTAK MEMENUHI CIRI-CIRI INDIVIDU CEMERLANG?

Kami amat yakin para pembaca akan bersetuju dengan kami kiranya kami mengatakan bahawa kecergasan otak, kepintaran fikiran tidak menjamin seseorang individu itu menjadi seorang yang cemerlang. Saban hari dan waktu kita dihidangkan berita jenayah kolar putih yang diperlakukan oleh golongan orang cerdik, berpangkat besar serta kayaraya. Persoalanya kenapa ini terjadi?. Apa yang kurang dan apa yang tak kena?. Ini adalah soal sikap yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan dan adalah juga soal dalaman dan psikologi.

Kehebatan teori ‘Body Meridian ‘ yang menjadi asas kepada  teori “Tradisional Chinese Medicine (TCM)” menyimpulkan 2 saluran utama didalam badan manusia memainkan peranan penting dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perasaan, emosi dan kasih sayang. Saluran-saluran itu ialah :-

- Saluran ginjal ( Kidney channel)

- Saluran pundi kencing (urinary bladder)

Energy berkaitan emosi dan jiwa adalah dalam elemen getaran (vibration) selalunya suara atau bunyian  atau gelombang . Misalnya apabila dimainkan musik rock yang menjadi kegilaan remaja dengan sendirinya mereka melonjak, menjerit semacam adanya satu kuasa ghaib yang memukau dan merasuk mereka. Elemen energi dalam bentuk vibration ini masuk melalui saluran (entry point) telinga dan menuju keginjal sebagai organ pengkalan. Ginjal yang merupakan Yin (TCM) dan berpasangan dengan pundi kencing (Urinary Bladder) terus  membawa energy kejiwaan ini ke Otot, Ligamen, Urat Saraf, alat kelamin dan alat pembiakan.

Adakah  energy yang memasuki melalui telinga ini merupakan energy yang baik-baik belaka?, tentunya tidak. Energy terbahagi kepada 2 Iaitu :

1)      Energy Teguh (Rasional)- adalah stable energy

2)      Energy Goyang (Kurang Rasional )- adalah energy yang tidak menentu

Secara ringkasnya  sekiranya energy goyang tadi mendominasikan sistem tubuh kita, ia akan menutup entry point  (telinga) dari menerima energy teguh. Maka dari sinilah bermulanya masalah yang berkaitan dengan sikap,perasaan dan kejiwaan. Justeru sumbangan urutan stimulaterapi adalah untuk merangsang kembali saluran-saluran yang tersekat agar dapat mengimbangi kembali  kedua2 energy tadi .

***Contoh Energy Teguh- Alunan ayat2 suci al-quran, ceramah2 motivasi dan lain-lain.

Rasanya apa yang saya bentangkan ini sudah cukup untuk kita memahami bagaimana sistem tubuh kita bergerak dan berfungsi dan juga apa peranan urutan minda/stimulaterapi yang kami sediakan.

SELESAIKAH MASALAH KEJIWAAN, SIKAP, PERASAAN, EMOSI DLL DENGAN KAEDAH MENGIMBANGI ENERGY  TEGUH DAN GOYANG?

Dengan kaedah yang telah diterangkan diatas, nampaknya kita telah merungkai banyak persoalan mengenai kecerdasan otak serta masalah berkaitan sikap, perasaan dan kejiwaan. Namun sebagai seorang islam ianya masih terlalu jauh dengan sasaran yang sebenar. Kita bercerita mengenai energy yang masuk kedalam tubuh badan kita melalui entry point yang khusus, misalnya telinga, mata, mulut dan lain-lain. Sebarang unsur negatif yang masuk melalui entry point ini akan juga memberikan kesan negatif keatas kesihatan,sikap dan perasaan manusia.

Dari perspektif islam, ciri-ciri kecemerlangan yang kita idamkan boleh dicapai andai nya kita boleh merawat satu lagi organ yang amat penting iaitulah HATI

Nabi  SAW  bersabda:

“ Ketahuilah bahawa dalan setiap tubuh manusia ada sepotong organ yang jika ia sihat maka seluruh tubuhnya juga sihat dan jika ia rusak, maka seluruh tubuhnya juga rusak. Ketahuilah bahawa organ itu adalah hati”.

Persolannya siapakah yang mengarahkan telinga untuk mendengar perkara yang tidak baik?, siapakah yang mengarahkan mata melihat perkara yang tidak baik?, siapakah yang mengarahkan mulut memakan makanan yang tidak baik?.Jawapanya ialah HATI. Mari kita lihat gambaran kedudukan hati  kita dari sudut hubungannya dengan unsur-unsur lain:

Daripada lakaran diatas jelaslah kepada kita bahawa punca sebenar kegagalan kita dalam kehidupan adalah kerana kekalahan kita dalam mengawal hawa nafsu dan kejahatan syaitan.

Hati yang sihat dan memandu kita kearah kecemerlangan sebenar adalah sebagaimana lakaran dibawah:

Setiap hati manusia yang cenderung kearah kebaikan (fitrah),  sentiasa memahami dan menghayati  Al-Quran, memikirkan alam, dan berzikir maka yang akan lahir adalah akhlak yang baik.

Masyarakat selalunya melihat gangguan syaitan atau makhluk halus hanya apabila terkena serangan histeria, jatuh sakit, nak berceraiberai, perniagaan merosot  serta yang berkait dengan sihir dll lantas mencari jalan penyelesaian meminta khidmat pengamal perubatan islam, sebaliknya  gangguan syaitan  dalam bentuk yang lebih menyeluruh saperti malas beribadat, melambat2kan solat, hasad, dengki, irihati yang menjurus kepada pembentukan akhlak buruk tidak diambil serius.

Justeru, sebagai pengamal stimulaterapi dan perubatan islam kami mengambil pendekatan bersepadu dalam kontak urutan minda ini iaitu:

- Mengurut saluran-saluran yang berkaitan dengan otak bertujuan melancarkan perjalanan oksigen keotak disertai dengan zikir dan  doa tertentu khususnya mengenyahkan sebarang bentuk halangan disertai juga dengan zikir pengisian energy positif.

-  Mengurut saluran (connectivity channel) yang berkaitan dengan organ yang berperanan dalam pembetukan sikap, jiwa dan perasaan manusia disertai dengan zikir dan doa tertentu khususnya mengenyahkan sebarang  bentuk halangan disertai juga dengan pengisian energy positf.

- Melakukan rawatan kerohanian melalui kaedah perubatan islam ruqyah al-syar’iyyah.

InsyaAllah semuga dengan pendekatan bersepadu  yang kami sediakan ini kita dapat mengatasi beberapa masalah besar yang melanda anak-anak kita antaranya:

  1. Masalah kecergasan otak
  2. Masalah anak murung
  3. Masalah moral kanak-kanak
  4. Masalah anak lembap
  5. Masalah anak malas belajar
  6. Masalah anak  tidak  berdisiplin dll

Wassalam

       

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com