Urutan Stimulaterapi

Pengenalan Kepada Stimulatherapy

Stimulatherapy adalah satu jenis terapi melalui rangsangan ke atas tubuh agar tubuh mampu merawat dirinya sendiri (Self Cure). Bagaimana tubuh dirangsang? Tubuh manusia adalah satu binaan biologi yang kompleks. Kita mempunyai pelbagai kaedah untuk mengenali dan memahami anatomi dan sistem fisiologi tubuh manusia. Samaada kaedah tradisonal atau kaedah barat modern. Saya akan membincangkannya dari perspektif TCM (Tradisional Chinese Medicines).

Seluruh tubuh manusia boleh dirangsang dari luar mahu pun dari dalam melalui pelbagai bagai kaedah. Namun ada bahagian lebih mudah dirangsang dan ada bahagian yang agak sukar. Tempat yang lebih mudah dirangsang ialah;

i.  saloran tenaga (bio-energy channel).

ii. Titik – titik refleksi (Reflect points).

iii. Pintu tenaga (Entry Points) dan titik sambungan (Connectivity)

Justru rangsangan yang berkesan hendaklah dilakukan pada saloran, titik refleksi dan titik sambungan yang tepat pada lokasinya dan sesuai pada masanya.

Umumnya bahagian tubuh manusia sentiasa berada dalam kondisi berikut:

i.  Insufficient.

ii. Deficient

iii. Dysfunction

iv. Disorder

Sebagaimana teori perubatan modern maupun teori-teori kesihatan lain, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Begitu jugalah dengan stimulaterapi. Tahap tubuh manusia yang berada pada tahap i (Insufficient) atau tahap ii(Deficient) boleh dan senang dirawat manakala pada tahap seterusnya ianya agar sukar dan memerlukan jangkamasa yang panjang dan kekerapan yang lebih.

Oleh hal yang demikian anda disarankan agar datang berjumpa dengan kami untuk melakukan diagnosa untuk mengenal pasti permasalahan kesihatan yang anda hadapi. Inilah juga keistimewaan yang ada dalam modality stimulaterapi yang ianya tidak ada pada modality urutan yang lain.

Untuk lebih memahami bagaimana tubuh manusia boleh berada pada empat tahap tersebut kita harus kembali kepada teori “BODY MERIDIANS THEORY”.

Mengikut teori ini, dalam tubuh manusia yang hidup ada mengalir sejenis tenaga hayat (bioenergy) atau chi atau prana. Ibarat barangan elektrik, ia akan ‘hidup’ dan berfungsi apabila ada arus elektrik yang mengalir kepadanya. Jika arus elektrik mengalir melalui kabel atau wayar tenaga hayat pula mengalir melalui saloran atau energy channel.

Saloran tenaga hayat mengalir setiap saat dalam 24 jam. Mengikut teori ini setiap organ tubuh hanya akan berfungsi normal jika mendapat bekalan tenaga (tenaga hayat) yang mencukupi. Atas sesuatu sebab, bekalan tenaga hayat kesuatu organ mungkin berkurangan – kekurangan ini akan membawa implikasi ketidak seimbangan yang seterusnya memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang.

APAKAH YANG MENJEJASKAN PENGALIRAN TENAGA HAYAT?

1. Penyempitan saloran oleh cuaca atau kecederaan atau tekanan emosi.

2. Halangan (blockage) pada saloran oleh cuaca atau kecederaan, infeksi atau tekanan emosi.

3. Demam atau penyakit seperti darah tinggi, athma, kencing manis, gout, buah pinggang dll.

4. Peningkatan usia

Kesemua pengaliran tenaga adalah berjalan dengan sendiri secara semula jadi di bawah pentadbiran langit (Allah SWT). Tiada mesin atau alat khusus untuk menjana dan mengalirkan tenaga hayat. Tenaga hayat mengalir mengikutsaloran dengan tertib alami berterusan (continuosly) dan bersambungan (interconnected). Sistem saling berhubungan dan bersambungan ini memungkinkan prinsip refleksi berlaku. Di mana apabila satu bahagian itu dirangsang ia akan turut merangsang bahagian lain yang bersambungan dengan nya. Maka prinsip ini turut memungkinkan ‘Distance Healing” atau ‘Distance Stimulation’.

Inilah kehebatan sistem Allah yang penuh limpaan kasih sayang untuk hambanya agar hambanya sentiasa dapat menolong dirinya. Contohnya, jika berlaku sesuatu kondisi kekurangan tenaga hayat bahagian otak, ia boleh diikhtiarkan melalui saloran jantung dan pericardium yang terletak di lengan.

Anatomi titik refleksi Stimulatheraphy hampir sama dengan acupoints anatomy dalam Acupuncture dan Acupressure. Beza yang ketara antara keduanya ialah, stimulatherapy tidak mementingkan ukuran tepat bagi setiap titik berbanding terapi Acupuncture.

APAKAH PENDEKATAN STIMULATERAPI?

Dengan merangsang titik bukaan (entry point), titik refleksi dan titik sambungan ( Connectivity) kaedah stimulaterapi boleh membantu:-

i.   Memulihkan pattern pengaliran tenaga agar lebih lancar ( Tenaga Chi atau Qi)

ii.  Menseimbangkan (regularize) semua organ-organ yang berkaitan

iii. Merangsang semua organ agar mampu menyembuhkan diri sendiri secara alami atau semulajadi

iv. Memulihkan semua sistem metabolisma tubuh terutamanya metabolisma air dan metabolisma darah

v.  Mempastikan keseimbangan ( homeostasis) berpanjangan

Justeru kewujudan urutan stimulatherapy banyak memberikan sumbangan kepada kesihatan masyarakat. Apatah lagi kami diKartika Buana menggunakan zikir-zikir ketika urutan dilakukan.

 

Sumber:

Dipetik dari Thesis yang dikemukakan oleh Dr.Normah@Hasmah Idrus kepada Asia Pacific Open University untuk Ijazah Kedoktoran Dalam Bidang Perubatan Komplimentari 2012

 

  • Hubungi Kami

    KARTIKA BUANA
    No 16-1(GF),Jln Nova u5/N
    Subang Bestari
    40150 Shah Alam, Selangor
    Tel: 016 – 375 6099
    019 - 254 5009 (Dr. Normah)
    E-mel : kartikabuana2u@gmail.com